Page 56 - E-Book Coach & Mentoring
P. 56

Laporan ADDU Park




               Politeknik  Seberang  Perai  (PSP)  mereka  cipta  suatu  produk  inovasi  bagi  sistem
               pemakanan haiwan ternakan bagi membantu pembiakan burung puyuh yang berkualiti.
               Inovasi  tersebut  diperbuat  dengan  menggunakan  kaedah  fulkrum  yang  turut
               mempunyai sistem asas pengoperasian injap bagi minuman ternakan puyuh.

               Projek ini telah dicipta oleh Azraei Hamiduddin Bin Abdul Aziz selaku ketua projek bagi
               pelajar  dan  diikuti  oleh  ,  Tan  Hoong  Shen,  Mohamad  Khairul  Husni  Bin  Arsad,  Noor
               Syahirah Binti Mohamad Daud, Nadhirah Binti Md Rizal,dibawah bimbingan penyelia en
               Zulkifli Bin Abdul Aziz dan penyelia bersama en. Mohamad Hafaif Bin Murad.


               Politeknik  Seberang  Perai  telah  mengambil  inisiatif  untuk  menyumbangkan  peralatan
               tersebut  kepada  guru  dan  pelajar-pelajar  pendidikan  khas  Sekolah  Kebangsaan
               Seberang  Jaya  (SKSJ).  Penyerahan  projek  ini  telah  disempurnakan  oleh  Tuan  Haji
               Zulkifli Bin Ariffin selaku Pengarah PSP kepada Guru Besar SKSJ, Puan Zaiton Binti
               Yahaya. Turut sama adalah wakil dari Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang (JPN).
               Mereka  akan  menggunakan  inovasi  yang  dihasilkan  oleh  Politeknik  Seberang  Perai
               sebagai  alat  bantuan  mengajar  untuk  kanak  kanak  pendidikan  khas  dan  pada  masa
               yang sama sebagai salah satu projek keusahawan sekolah.

               Pendidikan  khas  adalah  program  yang  direka  untuk  pelajar-pelajar  yang  tertunda
               secara mental, fizikal, sosial atau emosi. Aspek "kelewatan," secara luas dikategorikan
               sebagai  kelewatan  perkembangan,  menandakan  aspek  perkembangan  keseluruhan
               anak  (kemahiran  fizikal,  kognitif,  skolastik)  yang  menempatkan  mereka  di  belakang
               rekan-rekan  mereka.  Oleh  kerana  keperluan  khas  ini,  keperluan  pelajar  tidak  dapat
               dipenuhi dalam persekitaran bilik darjah tradisional. Keadah fulcrum ini menerangkan
               konsep takal akan  dapat mengangkat sesuatu dengan menggunakan beban atau berat
               yang  tepat  untuk  mengangkat  tempat  makanan  ternakan.  Ini  kerana  dengan
               menggunakan  berat  burung  puyuh  sekitar  100g  ke  200g  dapat  mengangkat  penutup
               makanan  ternakan  ini.  Selain  itu  juga  konsep  membuka  injap  dan  menutup  injap  ini
               dapat memberikan penerangan khusus tentang aliran air samaada dapat melalui paip
               atau tidak.

               Sekolah Kebangsaan Seberang Jaya dengan usahasama pelajar projek semester akhir
               telah membina taman khas yang dinamakan Adventure Education Park (ADDU Park)
               bagi menjayakan projek ini. Projek ini dihasilkan bagi menarik minat dan pengetahuan
               serta  pengurusan  kendiri  pelajar  pendidikan  khas.  Selain  daripada  itu,  Politeknik
               Seberang Perai mengharapkan agar dapat mewujudkan persekitaran yang sihat dalam
               kalangan  pelajar-pelajar  pendidikan  khas  dalam  pengurusan  diri  secara  sistematik
               dengan  Alat  bantuan  mengajar  ini  kerana  KEJURUTERAAN  SEBAGAI  ASAS
   51   52   53   54   55   56   57   58   59   60   61