Page 24 - juldis2018
P. 24
MDC BULLETIN
VOL. 14 NO. 2
PENDAFTARAN JURUTERAPI PERGIGIAN
DI BAWAH AKTA PERGIGIAN 2018
Oleh: Matron Fatimah Binti Rahman
Profesion Juruterapi Pergigian yang dahulunya dikenali sebagai Jururawat Pergigian telah diperkenalkan
di Malaysia semenjak tahun 1948 selaras dengan pengenalan perkhidmatan pergigian khusus kepada
murid-murid sekolah. Deskripsi tugas seorang juruterapi pergigian adalah:
Memeriksa, mendiagnosis dan memberi rawatan pergigian asas kepada mereka yang berumur 17
tahun dan ke bawah dalam aspek pencegahan, konservatif dan rehabilitasi (pemulihan)
pergigian;
Merujuk pesakit-pesakit di bawah penjagaannya kepada Pegawai Pergigian untuk rawatan
lanjut dan kompleks;
Melibatkan diri dalam aktiviti promosi kesihatan pergigian termasuk penyediaan bahan dan
menjalankan aktiviti melalui ceramah/ kempen dan sebagainya kepada semua golongan rakyat
Selepas 70 tahun kewujudan profesion ini dan selaras dengan perkembangan semasa serta tugas
Juruterapi Pergigian, profesion ini akan didaftarkan untuk mengawal selia:
standard amalan pergigian;
skop amalan; dan
etika dan tatalaku profesion
Justeru, pendaftaran Juruterapi Pergigian akan
memantapkan lagi pengawalan selia terhadap
pengamalan pergigian di Malaysia agar selamat
dan berkualiti serta secara tidak langsung
meningkatkan keyakinan rakyat terhadap
perkhidmatan pergigian yang diberikan.
Beban penyakit pergigian yang dihadapi oleh
rakyat terbukti tidak dapat diselesaikan menerusi
perkhidmatan rawatan semata-mata. Melalui
promosi kesihatan pergigian persepsi masyarakat
terhadap kepentingan penjagaan kesihatan pergigian boleh diubah dan seterusnya setiap golongan
masyarakat diperkasa untuk menjaga kesihatan diri sendiri serta keluarga secara holistik. Dengan
memberi tumpuan kepada niche area, Juruterapi Pergigian boleh berperanan sebagai mediator, motiva-
tor dan advocator dalam mempromosi dan mendidik rakyat tentang kepentingan penjagaan kesihatan
pergigian. Ianya dijangka mampu membawa perubahan yang dinamik dan berdaya saing kepada lanskap
perkhidmatan kesihatan pergigian di Malaysia.
Dengan peruntukan pendaftaran bagi mengawal selia Juruterapi Pergigian, pengambilan Juruterapi
Pergigian di sektor swasta di bawah pengawasan langsung (direct supervision) seorang Pengamal
PAGE 24

