Page 6 - Sejarah unit 4 tahun 6
P. 6

Bajau


                                                                        • Suku kaum Bajau banyak terdapat di negeri Sabah. Suku kaum
                                                                            Bajau adalah antara penduduk asal kepulauan Borneo sejak

                                                                            berabad-abad lamanya, atau sejak kewujudan bangsa Melayu
                                                                            di Nusantara kerana suku kaum Bajau adalah serpihan Melayu
                                                                            gelombang kedua yang datang ke Nusantara.


                                                                        • Suku kaum Bajau mendiami kawasan pesisir pantai dari Tawau
             ETNIK-                                                         hingga ke Labuan, dengan kepadatan tertinggi di Semporna,

                                                                            Lahad Datu dan Kudat.

             ETNIK DI                                                   • 100 % suku kaum Bajau menganut agama Islam. Suku kaum

                                                                            Bajau sangat menekankan hubungan kekeluargaan dan “le’od”

                                                                            iaitu kelompok sedaerah.
             MALAYSIA                                                   • Bahasa orang Bajau dikenali sebagai sinama. Kata sinama



                                                                            adalah kata terbitan daripada kata akar Sama dengan
                                                                            menerima sisipan -in- sehingga membentuk sinama yang

                                                                            bermaksud bahasa kepunyaan bangsa Sama.

                                                                        • Selain di Malaysia, bangsa Bajau juga turut mewarganegarai

                                                                            negara-negara seperti Indonesia, Filipina dan Brunei
                                                                            Darussalam.
   1   2   3   4   5   6   7   8   9   10   11