Page 7 - Sejarah unit 4 tahun 6
P. 7

Baba dan Nyonya


                                                                        • Baba dan Nyonya adalah segolongan keturunan kaum Cina yang

                                                                            terdapat di Negeri-negeri Selat, Tanah Melayu (kini sebahagian
                                                                            Malaysia), khususnya di negeri Melaka.


                                                                        • Bagaimanapun, sebahagian mereka enggan mengakui bahawa
                                                                            mereka adalah orang Cina tetapi rakyat British dan berbangga dengan

                                                                            kedudukan ini.

                                                                        • Mereka mengeji pendatang-pendatang Cina yang baru dan

                                                                            mempunyai kelab tersendiri yang tidak membenarkan pendatang-
                                                                            pendatang Cina masuk.


                                                                        • Mereka memanggil diri mereka sebagai “Baba” atau “Peranakan”
                                                                            kerana kebudayaan mereka, yang berasal daripada warisan tradisi

                                                                            Cina, mempunyai unsur-unsur pengaruh kebudayaan Melayu.

                                                                        • Penyesuaian dan resapan budaya mereka terhadap suasana sosio-

                                                                            budaya di persekitaran mereka pada zaman silam, iaitu melalui
                                                                            perkahwinan campur yang berlaku antara kaum-kaum Cina dan

                                                                            Melayu, adalah punca utama mengapa generasi-generasi seterusnya
                                                                            memanggil mereka sebagai “Baba”.
   2   3   4   5   6   7   8   9   10   11   12