Page 3 - AGM SKAD 2022
P. 3
KATA-KATA ALUAN GURU BESAR SK ALAM DAMAI
Assalamualaikum w.b.t. dan Salam Sejahtera
Syukur ke hadrat Ilahi dengan limpah kurniaNya kita dapat Bersama-sama menghadiri
Mesyuarat Agung PIBG SKAD kali ke 20 bagi sesi 2022/2023. AlhamdulilLah kita berpeluang
bermesyuarat secara bersemuka semula.
Terima kasih kepada AJK PIBG atas segala Kerjasama dan penat lelah dalam usaha
yang diberikan bagi menjayakan segala aktiviti sepanjang sesi 2021/2022. Terima kasih juga
tuan/puan yang hadir pada kali ini. Saya amat menghargainya kerana ini menunjukkan satu
sokongan kepada anak-anak tuan/puan dan kepada pihak sekolah. Semoga kita terus
bekerjasama demi kecemerlangan anak-anak tuan/puan khasnya dan demi Sk Alam Damai
amnya.
PIBG merupakan jambatan unik yang menghubungkan masyarakat setempat (ibu
bapa/penjaga) dengan warga sekolah. Justeru peranan yang dimainkan bukanlah sedikit
agar semua tahu dan sedar akan tanggungjawab masing-masing terhadap hala tuju
sekolah.
Besarlah harapan saya supaya permuafakatan antara guru-guru dengan ibu
bapa/penjaga dapat dieratkan. Dengan ini, sekaligus persefahaman dan Kerjasama antara
guru dengan ibu bapa/penjaga dapat diwujudkan dengan harmoni. Jalinan yang
bermakna ini seterusnya akan memberikan manfaat kepada anak-anak kita juga akhirnya.
Ini bertepatan dengan slogan “PIBG & SKAD Berpisah Tiada” terus diperkukuhkan dan
amalan “Bekerjasama & Kerja Sama-sama” diperkasakan.
Persekitaran yang kondusif amat penting bagi anak-anak menimba ilmu. Sebagai
serorang pendidik saya amat berharap tuan/puan memberikan sepenuh sokongan dalam
setiap program dan aktiviti yang dijalankan oleh pihak sekolah. Segala perancangan dan
pelaksanaan yang dibuat adalah demi kebaikan anak-anak kita bersama.
Dalam meniti arus kemodenan, tidak dapat dinafikan akan ada kesalahan,
kekhilafan dan kesilapan yang tidak dapat dielakkan malah ada yang tanpa disedari. Maka
Bersama-samalah kita saling ingat-mengingati dengan berhemah. Idea dan pendapat yang
bernas daripada pihak tuan/puan amatlah dialu-alukan demi penambahbaikan mutu kerja
guru-guru. Segala kesulitan akan cuba ditangan bersama bukannya saling menuding jari
menunjukkan kesalahan,
Sesungguhnya kami berusaha memahami dan menghayati Falsafah Pendidikan
Kebangsaan Negara. Ia digubal sebegitu murni demi kemakmuran dan kesejahteraan
warga Malaysia. Kami pihak sekolah juga berharap terus mendapat sokongan positif
daripada tuan/puan supaya SKAD lebih cemerlang di masa akan datang. Marilah kita saling
bantu-membantu membuat penambahbaikan demi kemajuan sekolah.
Sekian, terima kasih.
(ELEENA HASLIN BINTI MUSLIM)
Penasihat PIBG dan Guru Besar SKAD
3

