Page 18 - DSKP BM LD TAHUN 6
P. 18

KSSR PENDIDIKAN KHAS (MASALAH PEMBELAJARAN) BAHASA MELAYU TAHUN 6

               Jadual 1: Profil Murid                                                 PROFIL MURID                    PENERANGAN
                                                                                                         idea baharu. Mereka mempelajari
              PROFIL MURID                    PENERANGAN                                                 kemahiran yang diperlukan untuk
               Berdaya Tahan  Mereka mampu menghadapi dan                                                menjalankan inkuiri dan penyelidikan,
                                 mengatasi kesukaran, mengatasi cabaran                                  serta menunjukkan sifat berdikari dalam
                                 dengan kebijaksanaan, keyakinan,                                        pembelajaran. Mereka menikmati
                                 toleransi, dan empati.                                                  pengalaman pembelajaran sepanjang
               Mahir             Mereka menyuarakan dan meluahkan                                        hayat secara berterusan.
               Berkomunikasi  fikiran, idea dan maklumat dengan yakin                  Berprinsip        Mereka berintegriti dan jujur,
                                 dan kreatif secara lisan dan bertulis,                                  kesamarataan, adil dan menghormati
                                 menggunakan pelbagai media dan                                          maruah individu, kumpulan dan komuniti.
                                 teknologi.                                                              Mereka bertanggungjawab atas tindakan,
               Pemikir           Mereka berfikir secara kritikal, kreatif dan                            akibat tindakan serta keputusan mereka.
                                 inovatif; mampu untuk menangani                       Bermaklumat        Mereka mendapatkan pengetahuan dan
                                 masalah yang kompleks dan membuat                                        membentuk pemahaman yang luas dan
                                 keputusan yang beretika. Mereka berfikir                                 seimbang merentasi pelbagai disiplin
                                 tentang pembelajaran dan diri mereka                                     pengetahuan. Mereka meneroka
                                 sebagai murid. Mereka menjana soalan                                     pengetahuan dengan cekap dan
                                 dan bersifat terbuka kepada perspektif,                                  berkesan dalam konteks isu tempatan
                                 nilai dan tradisi individu dan masyarakat                                dan global. Mereka memahami isu-isu
                                 lain. Mereka berkeyakinan dan kreatif                                    etika/ undang-undang berkaitan
                                 dalam menangani bidang pembelajaran                                      maklumat yang diperoleh.
                                 yang baharu.                                          Penyayang/         Mereka menunjukkan empati, belas
               Kerja             Mereka boleh bekerjasama secara                       Prihatin           kasihan dan rasa hormat terhadap
               Sepasukan         berkesan dan harmoni dengan orang lain.                                  keperluan dan perasaan orang lain.
                                 Mereka menggalas tanggungjawab                                           Mereka komited untuk berkhidmat kepada
                                 bersama serta menghormati dan                                            masyarakat dan memastikan kelestarian
                                 menghargai sumbangan yang diberikan                                      alam sekitar.
                                 oleh setiap ahli pasukan. Mereka                      Patriotik          Mereka mempamerkan kasih sayang,
                                 memperoleh kemahiran interpersonal                                       sokongan dan rasa hormat terhadap
                                 melalui aktiviti kolaboratif, dan ini                                    negara.
                                 menjadikan mereka pemimpin dan ahli
                                 pasukan yang lebih baik.
               Bersifat Ingin    Mereka membangunkan rasa ingin tahu
               Tahu              semula jadi untuk meneroka strategi dan




                                                                                      6
   13   14   15   16   17   18   19   20   21   22   23