Page 117 - Terkini-Maklumat-Dadah-2017
P. 117
AGENSI ANTIDADAH KEBANGSAAN • KEMENTERIAN DALAM NEGERI 109
JENIS AKTA KETERANGAN
Seseorang boleh ditahan untuk ujian air kencingnya di bawah
Seksyen 3(1) APD (R&P) 1983 sekiranya disyaki sebagai
penagih dadah.
Setelah disahkan bahawa seseorang itu adalah penagih dadah,
AKTA PENAGIH majistret boleh membuat perintah menurut Seksyen 6(1) sama
ada penagih tersebut:-
DADAH (RAWATAN
& PEMULIHAN) 1983 a. Menjalani rawatan dan pemulihan di pusat pemulihan
(PINDAAN 1998)
selama 2 tahun dan kemudiannya menjalani pengawasan
selama 2 tahun atau;
b. Diletakkan di bawah pengawasan seseorang pegawai untuk
tempoh selama 2 hingga 3 tahun.
Akta Agensi Antidadah Kebangsaan 2004 telah diwartakan
pada 30 Disember 2004.
Akta ini bertujuan bagi menubuhkan Agensi Antidadah
Kebangsaan dan meletakkan kuasa pada pegawai-pegawai
Agensi bagi melaksanakan fungsi pencegahan, rawatan dan
pemulihan, penguatkuasaan,penyiasatan, langkah-langkah
AKTA AGENSI pencegahan khas, pelucuthakan harta dan pentadbiran
ANTIDADAH mengenai kesalahan-kesalahan di bawah akta-akta seperti
KEBANGSAAN 2004 berikut :
i. Akta Dadah Berbahaya 1952 [Akta 234];
ii. Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983 [Akta
283];
iii. Akta Dadah Berbahaya (Langkah-langkah Pencegahan
Khas) 1985 [Akta 316]; dan
iv. Akta Dadah Berbahaya (Perlucuthakan Harta) 1988 [Akta
340].

