Page 122 - Terkini-Maklumat-Dadah-2017
P. 122
114 MAKLUMAT DADAH 2017
KETUM
Pokok malar hijau, daun berwarna hijau tua berkilat,
bunga kuning kecil
JENIS-JENIS 2 jenis dedaun bertetulang. Satu berwarna merah dan
yang satu lagi berwarna putih.
(Dikatakan mempunyai kesan halusinogenik yang lebih
kuat)
Koroi
NAMA JALANAN
Biak
Nama saintifik pokok Ketun iaiti Mitragyna Speciosa
Korth.
MAKLUMAT ASAS
Suatu ketika dahulu, ianya banyak digunakan sebagai
ubat tradisi untuk merawat penyakit
Penyalahgunaan Ketum biasanya dilakukan dengan
mencampurkan bahan-bahan beracun seperti ubat nyamuk
ke dalam air ketum dan kemudiannya diminum.
Penyalahgunaan ini mengakibatkan hilang kawalan diri, rasa
KESAN PENGAMBILAN
bosan dan malas, kurang sensitif terhadap kesakitan fizikal
dan emosi, anak mata menjadi sempit, rasa loya, mulut
menjadi kering, kerap kencing, hilang selera makan, sembelit
dan insomnia.
NPS (New Psychoactive Substances)
Kumpulan ini mengandungi bahan-bahan yang berkaitan
dengan amphetamine dan methamphetamine dan secara
umumnya menghasilkan kesan-kesan perangsang.
PHENETHYLAMINES Walaubagaimanapun, pengubahsuaian sebatian ini boleh
membawa kepada halusinogen yang kuat seperti Bromo-
Dragonfly
Reseptor agonis cannabinoid yang menghasilkan kesan-
kesan yang sama dengan delta-9-tetrahydrocannabinol
SYNTHETIC
CANNABINOIDS (THC), komponen psikoaktif utama dalam ganja. Sintetik
cannabinoids sering dicampur ke dalam produk herba dan
dijual sebagai rempah, K2, Kronic, dan lain-lain.
Analogi bahan cathinone yang dikawal di peringkat
antarabangsa, salah satu komponen-komponen aktif dalam
SYNTHETIC tumbuhan khat. Secara umumnya ia mempunyai kesan-kesan
CATHINONES perangsang yang kerap dilaporkan NPS seperti mephedrone
dan MDPV.

