Page 123 - Terkini-Maklumat-Dadah-2017
P. 123

AGENSI ANTIDADAH KEBANGSAAN • KEMENTERIAN DALAM NEGERI  115



         NPS (New Psychoactive Substances)
                              Ini adalah derivatif daripada typtamine yang wujud secra
                              semula jadi dan mempunyai ciri-ciri halusinogen. Satu contoh
         TRYPTAMINES
                              yang biasa adalah  5-M ethoxy-N, N-dipropyltryptamine
                              (5-Meo-DPT)
                              Ketamine ialah bahan memberi kesan bius kepada manusia
                              dan haiwan yang bertindak sebagai bahan perangsang pada
                              dos yang rendah serta halusinogen pada dos yang tinggi.
                              Dadah jens  Phencyclidine adalah satu lagi kumpulan
         KETAMIN DAN BAHAN
         JENIS PHENCYCLIDINE  NPS yang terkini di pasaran.  Phencyclidin (PCP) dan
                              ketamin mempunyai persamaan struktur dan dikelaskan
                              sebagai  arylcycloalkylamines. Salah satu bahan yang
                              paling  kerap  dilaporkan  dalam  kumpulan  ini  adalah
                              4-methoxyphencyclidine (4-Me0-PCP)
                              Bahan ini sering dijual sebagai ‘ecstasy’ kerana merangsang
                              sistem saraf pusat. Sering dilaporkan yang tergolong dalam
         PIPERAZINES
                              kumpulan  ini  adalah  benzylpiperazine  (BZP)  dan  mCPP
                              (1-(3-chlorophenyl) piperazine).
                              Bahan NPS dalam kategori ini adalah struktur pelbagai dan
         LAIN-LAIN BAHAN      tidak sesuai dalam kategori yang disebutkan di atas sebagai
                              contoh, 1,3-dimethylamylamine (DMAA)

                              Adalah 5, 6-methylenedioxy-2-aminoindane (MDAI) yang
                              merupakan contoh bahan yang telah dijual sebagai NPS untuk
         AMINOINDANES         kemampuan mereka menghasilkan kesan empathogenic dan
                              entactogenic daripada kesan serotonin yang dihasilkan oleh
                              dadah seperti MDMA.

                              Kumpulan ini termasuk tumbuh-tumbahan dengan ciri-ciri
                              psikoaktif. Paling kerap dilaporkan adalah:
                                 Kratom (Mitragyna speciosa Korth), tumbuhan asli Asia
                                 Tenggara yang mengandungi alkaloid mitragyne;
                                 Dos yang rendah ia akan menjadi sebagai bahan
         BAHAN-BAHAN             perangsang  manakala  dos  yang  tinggi  menjadi  ubat
                                 pelali;
         BERASASKAN
         TUMBUHAN                Divinorum Salvia,  tumbuhan yang berasal dari kawsan
                                 hutan di Oxaca, Mexico. Ia mengandungi bahan aktif
                                 salvinorin A, bahan halusinogen;
                                 Khat  (Catha edulis), tumbuhan asli dari Afrika dan
                                 Semenanjung Arab. Daun tumbuhan ini dikunyah dan
                                 menyebabkan pembebasan agen perangsang cathinone
                                 dan cathine.
   118   119   120   121   122   123   124   125   126   127   128