Page 6 - FINALL
P. 6
Kata Alu - Aluan
Kata Alu - Aluan
Kata Alu - Aluan
KETUA PENGARAH
JABATAN PENDIDIKAN POLITEKNIK DAN KOLEJ KOMUNITI
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera
Tahniah dan syabas diucapkan kepada para graduan Kolej Komuniti kerana telah menamatkan
pengajian dengan jayanya dalam bidang masing-masing. Adalah menjadi harapan saya agar
segala ilmu dan kemahiran yang diperoleh dapat dimanfaatkan sepenuhnya dalam usaha
mempertingkatkan diri untuk menggunakan kemahiran dan ilmu pengetahuan yang telah
dipelajari.
Seiring dengan perkembangan teknologi yang semakin mencabar kini, graduan perlu bersedia
menghadapi situasi perkembangan revolusi perindustrian dan segala cabarannya untuk terus
memajukan negara. Pengukuhan dan pemerkasaan sistem Pendidikan Teknikal dan Latihan
Vokasional (TVET) Kolej Komuniti yang dilaksanakan juga adalah amat wajar kerana bidang ini
akan membantu negara dalam membentuk modal insan ke arah pembangunan teknologi baru
agar para graduan mampu menangani cabaran perkembangan industri pada masa akan
datang. Majlis konvokesyen ini merupakan suatu titik permulaan bagi
graduan mengorak langkah ke tahap yang lebih tinggi dan
memahami erti serta cara kehidupan berkerjaya. Bagi meningkatkan
produktiviti dan kualiti kehidupan negara, tenaga kerja yang berdaya
kreatif, berinovasi dan berintegriti amatlah diperlukan. Oleh yang demikian,
adalah diharapkan agar graduan terus
mengambil peluang bagi meningkatkan lagi kemahiran dan
pengetahuan dalam bidang-bidang berkaitan pada masa akan datang.
Akhir kata, saya berkeyakinan para graduan yang diraikan pada
majlis konvokesyen pada kali ini akan berjaya dalam kehidupan,
meneruskan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi atau
menggapai kerjaya impian. Tahniah dan syabas sekali lagi
kepada semua graduan. Buktikan bahawa graduan
Kolej Komuniti merupakan yang terbaik, dapat menyumbang
bakti serta memberi manfaat kepada agama, bangsa dan
negara.
Sekian, terima kasih.
Ts. Dr. MOHAMMAD NAIM BIN YAAKUB
Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan)
b.p Ketua Pengarah
Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti
Kementerian Pendidikan Malaysia
iv

