Page 7 - FINALL
P. 7
Kata Alu - Aluan
Kata Alu - Aluan
Kata Alu - Aluan
PENGERUSI KONVOKESYEN
MAJLIS KONVOKESYEN MELAKA DAN NEGERI SEMBILAN
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izin-Nya, Majlis Konvokesyen Kolej Komuniti
Melaka dan Negeri Sembilan 2019 telah dapat dilangsungkan seperti yang dirancang. Sekalung
tahniah dan penghargaan saya ucapkan kepada 1,541 graduan daripada 11 buah Kolej
Komuniti di Melaka dan Negeri Sembilan.
Sehingga tahun ini, Kolej Komuniti telah melahirkan ratusan ribu graduan dalam pelbagai bidang
kemahiran. Ini menunjukkan Kolej Komuniti terus komited dalam menawarkan pendidikan dan
latihan teknikal dan vokasional yang memenuhi permintaan industri, disokong dengan kemuda-
han infrastruktur dan prasarana yang komprehensif dan terus relevan dalam melahirkan tenaga
kerja kompeten ke arah negara maju berpendapatan tinggi. Maka, saya berharap para
graduan yang diraikan pada hari ini bakal menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi
negara, selaras dengan globalisasi dan kemajuan teknologi dan mobiliti tenaga kerja global.
Teruskanlah proses meneroka ilmu. Semoga pencarian ilmu tidak terhenti
hingga di sini sahaja. Malahan, ilmu yang dimiliki perlu sentiasa
diperbaharui tidak kira usia mahupun tahap pencapaian.
Akhir kata, saya tahniah dan syabas sekali lagi diucapkan kepada
semua graduan, para pensyarah, staf dan pihak yang terlibat dalam
menjayakan Majlis Konvokesyen Kolej Komuniti Melaka dan
Negeri Sembilan 2019.
Sekian, terima kasih.
En. Baharuddin bin Osman
Pengerusi Konvokesyen
Kolej Komuniti Melaka dan Negeri Sembilan 2019
v

