Page 14 - buku lengkap PENGAWAS SEK KEB AMPANGAN
P. 14

IKRAR PENGAWAS                          SEKOLAH KEBANGSAAN AMPANGAN
                                                   BADAN PENGAWAS SEKOLAH

                              Kami, barisan pengawas
                          Sekolah Kebangsaan Ampangan
                         Tahun 2022, berikrar akan komited,
               Terhadap amanah dan tanggungjawab yang diberikan.
                   Kami juga berjanji, akan sentiasa memantapkan,
                   Jati diri dan personaliti dari semasa ke semasa,
                   Menjaga sahsiah, tingkah laku dan adab sopan,
                 Sesuai dengan tanggungjawab yang diamanahkan,
                            Seterusnya menjadi contoh,
                              Kepada sekalian pelajar ,
                       Di Sekolah Kebangsaan Ampangan ini.
                Kami juga berjanji, akan belajar bersungguh-sungguh,
                          bagi mencapai, kecemerlangan
                          akademik dan kokurikulum, serta
                         mengharumkan nama sekolah kami,
                        seterusnya menjadi insan yang kamil,
                   berguna kepada agama, bangsa, masyarakat,
                                keluarga dan negara.
          Dengan segala rendah hati mengaku menerima jawatan yang
         diberikan kepada kami sebagai Pengawas SK Ampangan, Maka

         dengan itu kami berikrar:


         PERTAMA; akan menjalankan segala tugas yang diamanahkan
         dengan patuh dan penuh rasa tanggungjawab,
         KEDUA; akan taat setia kepada segala arahan Guru Besar dan para
         guru selagi ianya tidak melanggar hukum agama,
         KETIGA; akan melaksanakan, menegakkan dan meneguhkan segala
         peraturan sekolah,
         KEEMPAT; akan menjaga nama baik sekolah dan Lembaga Pengawas
         dan mematuhi peraturan sekolah.


         Andaikata, kami mengingkari ikrar kami ini, maka kami bersedia dan
         rela menerima tindakan dari pihak sekolah.
                                                                             14
   9   10   11   12   13   14   15   16   17   18   19