Page 18 - buku lengkap PENGAWAS SEK KEB AMPANGAN
P. 18

BADAN PENGAWAS SEKOLAH
                                                 SEKOLAH KEBANGSAAN AMPANGAN


          1.  Pengawas Sekolah adalah dilantik oleh pihak sekolah.
             Mereka dipilih.daripada murid-murid yang mempunyai
             peribadi baik, dapat memikul tanggungjawab dengan jujur,
             dedikasi dan berani menjalankan tugas.

          2. Semua Pengawas dilantik secara rasmi. Mana-mana
             pengawas boleh dilucutkan jawatan jika melanggar
             peraturan atau tidak berkeupayaan menjalankan tugas
             dengan baik.


          3. Pengawas-pengawas adalah bertanggungjawab untuk
             mengawasi dan mempastikan setiap peraturan sekolah
             diikuti dan dipatuhi oleh semua murid.


          4. Murid-murid tidak dibenarkan menentang atau melawan
             pengawas sekolah dan mereka mesti mematuhi arahan
             pengawas.


          5. Pengawas-pengawas adalah tertakluk di bawah peraturan
             sekolah dan peraturan am pengawas.

          6. Pengawas-pengawas hendaklah melaksanakan tugas
             yang diarahkan oleh pihak sekolah dari semasa ke
             semasa.

          7. Membantu pihak sekolah melakukan 'spot check' kepada
             murid lain.
          8. Pengawas sekolah juga mesti hadir ke sekolah lebih awal
             daripada murid-murid lain termasuk ke acara/majlis rasmi.

          9. Semua pengawas hendaklah menjaga nama baik dan imej
             Lembaga Pengawas ini sepanjang masa.







                                                                             18
   13   14   15   16   17   18   19   20   21   22   23