Page 28 - T2 IBADAH - SOLAT BERJEMAAH..MASBUK MUAFIQ
P. 28
CARA PERLAKSANAAN ISTIKHLAF.
Imam memegang pakaian salah seorang makmumnya (walaupun yg masbuq) dan
menariknya ketempat imam, lalu dia berundur kebelakang dengan menundukkan dirinya
sambil memegang hidung seolah-olah ada darah yang keluar daripadanya.
Istikhlaf boleh berlaku secara lisan & pergerakkan dan orang yang menggantikannya
hendaklah menyambung di mana tempat imam itu berhenti, samaada pada rukuk fi’li atau
kauli.
Mustakhlif hendaklah maju setapak kehadapan atau memenuhkan tempat imam bagi
membezakan keduudkannya dengan makmum. Sementara makmum memenuhkan saf yang
kosong itu.
Jika imam batal pada ketika duudk antara dua sujud / duduk tahiyyat awal / akhir,
mustakhlif tidak perlu maju ke hadapan cukup dengan memberi arahan di tempatnya sahaja
dengan menggunakan isyarat suara.
Jika imam terbatal solatnya ketika sedang sujud maka dia perlu menggunakan suaranya
untuk membangunkan makmumnya danselepas itu barulah imam boleh memberi isyarat
bahawa solatnya telah batal & barulah dia beredar.

