Page 29 - T2 IBADAH - SOLAT BERJEMAAH..MASBUK MUAFIQ
P. 29

ISTIKHLAF DALAM SOLAT JUMAAT








         Imam keluar selepas membaca dua khutbah & tidak sempat mengangkat takbir, maka imam harus diganti
         oleh mustakhlif yang ada bersama mendengar khutbah.jika tidak maka tidak perlu dia menggantikannya.



         Jika imam keluar setelah mengangkat takbirratul ihram pada rakaat pertama dan tidak sempat rukuk pada

         rakaat kedua maka harus dia digantikan oleh makmum yang ada bersama –sama imam sebelum dia
         keluar.



         Jika di tidak bersama imam sebelum imam keluar daripada jamaah maka tidak harus baginya untuk
         menggantikan imam kerana dia buka ahli jumaat.



         Jika imam keluar selepas rukuk dalam rakaat kedua solat jumaat, maka imam tidak harus di ganti oleh
         mustakhlif yang tidak bersama imam sebelum imam keluar  dari solat jumaat. Namun jika mustakhlif itu

         ada bersama imam sebelum imam keluar, tetapi tidak bersamanya ketika sebelum rukuk rakaat kedua(

         mustaklif masbuq) maka difardhukan baginya untuk solat zuhur.


         Bagi makmum pula mereka haruslah mengikuti imam yang di fardhukan untuk solat zuhur itu tadi,

         sementara mustakhlif haruslah menjaga tertib imam pertama. Bagi makmum ada dua pilihan sama  ada

         mahu berniat mufaraqah atau menunggu imam dan memberi salam bersamanya.
   24   25   26   27   28   29   30   31   32