Page 27 - TAZKIRAH RAMADAN 2022
P. 27

Kelebihan Bulan Ramadan

           dan Orang yang Berpuasa











                LLAH S.W.T telah mensyariatkan dan mewajibkan
            Apuasa kepada umat Islam kerana ia mengandungi pel-
            bagai  manfaat, keberkatan dan ganjaran. ALLAH S.W.T
            juga telah memuliakan bulan Ramadan dengan menjadikan
            puasa sebagai satu ibadat dan Rukun Islam yang ketiga.
               Ramadan merupakan bulan yang penuh keberkatan dan
            kedatangannya amatlah dinanti-nantikan. Ini kerana umat
            Islam dapat menggandakan amal ibadat dan  bertaqarrub
            kepada ALLAH S.W.T demi keredhaan serta ganjaran
            yang telah dijanjikan-NYA. Dengan ini, jelaslah bahawa
            puasa Ramadan membuatkan seseorang hamba akan lebih
            mementingkan kehendak Penciptanya daripada  kemewahan
            peribadi sendiri.
               Di antara kelebihan lain ialah puasa juga amat hampir
            dengan akidah kerana ia dapat meningkatkan keimanan
            dan ketaatan kepada-NYA. Ia juga dapat menguatkan serta




                                      27
   22   23   24   25   26   27   28   29   30   31   32