Page 32 - TAZKIRAH RAMADAN 2022
P. 32
Ini berbeza dengan orang Yahudi dan Nasrani
yang melambat-lambatkan berbuka. Sekiranya lambat
disebabkan ada halangan atau hal-hal lain, itu tidak
mengapa. Tetapi, jika sengaja melambat-lambatkannya,
ia adalah perkara yang dibenci kerana bertentangan
dengan hadis-hadis yang disebutkan tadi.
2. Berbuka dengan Buah Kurma
Orang yang berpuasa disunatkan untuk berbuka dengan
buah kurma. Sekiranya tiada, maka bolehlah digantikan
dengan air.
Sebagaimana yang diriwayatkan oleh Anas r.a:
“Nabi s.a.w akan berbuka dengan buah kurma
basah (ruthob) sebelum menunaikan sembahyang,
sekiranya tiada, baginda menggantikannya dengan
kurma kering (tamar), sekiranya tiada, baginda
akan merasai sedikit air.” - Hadis riwayat Abu Daud,
Tarmizi dan Daruqutni
Salman bin ‘Amir r.a berkata: Rasulullah s.a.w
bersabda: “Apabila salah seorang daripada kamu
berbuka, maka berbukalah dengan tamar.
Sekiranya tiada, maka berbukalah dengan air,
sesungguhnya air itu sesuatu yang bersih.” - Hadis
riwayat Abu Daud dan Tarmizi
32

