Page 58 - TAZKIRAH RAMADAN 2022
P. 58

tengah malam sebelum tidur  kerana malas bangun
               pada akhir malam. Orang yang  melakukan  amalan
               ini  terhalang daripada mendapat  keberkatan dan
                 kelebihan yang ditawarkan oleh Nabi s.a.w dan pastinya
                 ber tentangan dengan sunah baginda.

            3. Tidak produktif
               Ada juga segelintir individu yang bermalas-malasan dan
               tidak produktif dalam  melakukan kerja-kerja pada siang
               hari dengan alasan  berpuasa. Sedangkan kerja yang
               dilakukan dengan niat ibadat pasti akan menambahkan
               pahala pada bulan yang mulia ini.


            4.  Tidak ikhlas dalam beribadat
               Setiap kali kedatangan Ramadan, ramai jemaah yang
               hadir ke masjid atau surau untuk  memakmurkannya. Ada
               yang datang kerana kemeriahannya dan  mengharapkan
               ‘moreh’nya sahaja. Maka, amat malanglah bagi  mereka
               yang hadir ke masjid bukan di atas dasar keimanan dan
                 mengharapkan ganjaran pahala ALLAH S.W.T. Ingatlah
               bahawa setiap amalan kita dikira dengan niat.
                   Semoga salah faham tentang amalan- amalan
               yang  dinyatakan dapat diperbetulkan dan kita dapat
                mem   pertingkatkan  lagi  tingkat  ibadat  sesempurna
               mung kin. Mudah-mudahan ALLAH permudahkan
               segala urusan demi kebaikan bersama.








                                      58
   53   54   55   56   57   58   59   60   61   62   63