Page 63 - TAZKIRAH RAMADAN 2022
P. 63
“Dan makanlah serta minumlah sehingga nyata kepada
kamu benang putih (cahaya siang) dari benang hitam
(kegelapan malam) iaitu (waktu) fajar, kemudian sem-
purnakanlah puasa itu hingga waktu malam (maghrib).”
Berdasarkan dalil tersebut, maka jelaslah bahawa waktu
puasa itu bermula apabila masuknya waktu subuh. Hal ini
telahpun disepakati oleh ijmak ulama. Adapun waktu imsak
yang diamalkan bermula kira-kira 10 minit sebelum masuknya
waktu subuh atau kira-kira tempoh membaca 50 ayat al-Quran
yang sederhana panjang. Imsak adalah perkataan bahasa Arab
yang bermaksud menahan daripada sesuatu. Waktu imsak ini
adalah sebaik-baik waktu bagi seseorang itu berhenti makan/
minum ketika bersahur bagi membolehkannya bersiap-siap
untuk menantikan masuk waktu subuh dan juga sebagai
waktu ihtiati (berjaga-jaga/berwaspada) agar tidak tergopoh-
gapah bersahur hingga masuknya waktu subuh. Jadi jelaslah
apa itu waktu imsak dan waktu bermulanya puasa (subuh).
Kesimpulannya, mereka yang makan/minum ketika waktu
imsak (10 minit sebelum masuknya waktu subuh) tidaklah
membatalkan puasanya selagi mana tidak sampai masuk waktu
subuh. Meninggalkan sunah Rasulullah s.a.w dengan sengaja
tanpa alasan munasabah adalah makruh dan tidak terpuji.
Demi menjaga kesempurnaan ibadat puasa kita dan lebih
beradab dalam melaksanakan perintah ALLAH, maka adalah
baik jika kita mengikut panduan yang diberi. Sesungguhnya
DIA Maha Mengetahui.
Ingin menjadi penulis?
Hantarkan manuskrip anda kepada:
wan.rohana@karangkraf.com
019-2557380/ 03-51013836

