Page 57 - T2 NOTA PENDIDIKAN ISLAM KSSM
P. 57
Umat Islam dapat menambah ketaatan kepada Allah
SWT kerana melaksanakan ibadah kepada-Nya dan
mengurangkan maksiat.
Umat Islam dapat memelihara kesihatan badan
kerana merehatkan sistem pencernaan dan mengatur diet
seimbang.
Umat Islam dapat melahirkan sifat muhibah dan belas ihsan
HIKMAH PUASA kepada fakir miskin kerana merasai pengalaman
kekurangan makanan.
Umat Islam dapat menjimatkan perbelanjaan kerana
puasa dapat mengurangkan perbelanjaaan makanan dan
minuman pada siang hari.
Umat Islam dapat mengelakkan diri daripada terjerumus
dalam perzinaan kerana dapat mengawal nafsu
syahwat.
Puasa merupakan suatu proses NOTA
detoksifikasi yang baik. Proses
detokfisikasi ialah proses menyucikan
dan membersihkan badan daripada
KELEBIHAN
racun dan toksin
PUASA DARI
SUDUT SAINS
Puasa dapat menyembuhkan atau
membantu mempercepatkan proses
penyembuhan penyakit seperti asma,
radang sendi, susah tidur, sakit kulit dan
gangguan pada sistem penghadaman.
Melewatkan sahur membantu memelihara
kesihatan badan dan mengelakkan risiko
seperti kegemukan, sakit jantung, kencing
manis dan kekurangan zat besi yang boleh
mengakibatkan penyakit anemia.
Kurma yang digalakkan untuk dimakan
ketika berbuka mengandungi sejenis gula
yang mudah diserap oleh badan iaitu
glukosa, fruktosa serta 23 jenis asid amino
yang sebahagiannya tidak terdapat dalam
buah-buahan yang lain.
28

