Page 11 - DIGITAL FLIP SILANG BUDAYA, AGAMA DAN ADAT RESAM - Final 210924
P. 11
2.3)Kaum India
Kelahiran - Adat Valaikaappu adalah adat yang dilakukan ketika
kandungan sulung wanita hamil menjangka usia tujuh hingga sembilan
bulan.
Wanita hamil tersebut akan dipakaikan sebentuk gelang tangan baru yang
dikenali sebagai Suulkaappu. Suul bermaksud ‘kandungan ibu’ dan
Kaappu pula bermaksud ‘perlindungan.’ Gelang ini dipakai bertujuan
untuk melindungi bayi di dalam kandungan daripada kesukaran semasa
bersalin.
Kematian - Masyarakat India mempercayai konsep kelahiran semula
bahawa kematian adalah ibarat tidur dan mereka akan bangun selepas tidur.
Sariana India juga menyatakan kematian adalah perpisahan roh dan jasad
akan hancur tetapi roh kembali ke dalam berzahkah. Mayat masyarakat
India dibakar atau dikebumikan.
Perayaan – Kaum India
Perayaan ini juga dipanggil perayaan lampu.
Diraikan dalam bulan ‘Kartikal’ dalam agama
Hindu yang biasanya jatuh pada bulan Oktober
atau November. Masyarakat India meraikan
hari ini sebagai simbol keterangan yang boleh
menghalau kuasa jahat (kegelapan). Disebelah
pagi pada hari perayaan ini, mereka akan
bangun dan mandi dengan minyak wangian, mengenakan pakaian baru dan
bersembah yang ataupun ke kuil.

