Page 12 - DIGITAL FLIP SILANG BUDAYA, AGAMA DAN ADAT RESAM - Final 210924
P. 12
Thaipusam ialah perayaan yang mula dirayakan
di Tamil Nadu (India selatan). Namanya diambil
daripada bahasa tamil sendiri iaitu Thai
(selalunya merujuk pada bulan Januari atau
Febuari) dan Pusam (perayaan).
Perayaan ini sering diraikan secara besar-besaran
di tiga buah kuil utama Balathandayuthabani di
Pulau Pinang dan kuil Sri Subramaniar di Batu
Caves, Selangor dan Kuil Sri Subramaniam di
Ipoh. Masyarakat Hindu biasanya membayar
nazar pada perayaan ini.
Dari segi pakaian golongan wanitanya kerap menggunakan ‘sari’ iaitu
sejenis pakaian daripada kain sepanjang enam ela yang dililitkan dikeliling
badan dan dipakai bersama dengan sehelai blaus. Pakaian tradisi kaum
lelaki pula digelar ‘dhotis’ iaitu sejenis kain berwarna putih. Kaum lelaki
juga mengenakan ‘vesti’ atau ‘kurta’ iaitu pakaian putih untuk ke kuil atau
perayaan tertentu.

