Page 4 - DIGITAL FLIP SILANG BUDAYA, AGAMA DAN ADAT RESAM - Final 210924
P. 4

2) PENGENALAN BUDAYA, AGAMA DAN ADAT


      RESAM DI MALAYSIA




























      Pengenalan: Budaya dan Adat Resam



      Budaya  merujuk  kepada  sekumpulan  barang  kebendaan  dan  kerohanian

      dari  kumpulan  sosial  yang  diturunkan  dari  generasi  untuk  membimbing

      amalan individu dan kolektif. Ini merangkumi bahasa, proses, cara hidup,

      adat, tradisi, kebiasaan, nilai, corak, alat dan pengetahuan.


      Kepentingan adat resam di dalam hidup masyarakat tidak kira apa bangsa

      sekalipun  tidak  dapat  dinafikan.  Adat  dan  budaya  yang  merangkumi

      seluruh aspek bermula dari kelahiran, perkahwinan sehinggalah kematian

      terdapat  di  dalam  hidup  semua  masyarakat  di  Malaysia.  Adat  resam

      merupakan kebiasaan cara hidup yang diamalkan oleh sesuatu masyarakat

      yang dapat menggambarkan corak budaya masyarakat tersebut.


      Terdapat tiga kaum utama di Malaysia iaitu Melayu, Cina dan India.
   1   2   3   4   5   6   7   8   9