Page 5 - DIGITAL FLIP SILANG BUDAYA, AGAMA DAN ADAT RESAM - Final 210924
P. 5

2.1)Kaum Melayu


      Kelahiran  -  Anak  atau  zuriat  adalah  suatu  kurniaan  Tuhan  yang tidak

      ternilai  bagi  setiap  pasangan  suami  isteri.  Bagi  masyarakat  Melayu yang

      rata-ratanya beragama Islam, adalah dipercayai setiap anak yang dilahirkan

      mempunyai rezekinya masing-masing. Justeru itu setiap kelahiran itu perlu

      disyukuri.  Dalam  aspek  kelahiran  ini,  masyarakat  Melayu  banyak

      mengamalkan  adat-adat  tertentu  yang  diwarisi  sejak  turub  temurun.  Ia

      merangkumi peringkat sewaktu mengandung, bersalin dan selepas lahir.




      Kematian  -  Selepas  pengebumian  jenazah  akan  dimasukkan  ke  dalam

      kerana diusung ke tanah perkuburan. Kaum lelaki digalakkan menghantar

      jenazah  hingga  ke  kubur,  sebaliknya  kaum  wanita  kurang  digalakkan

      kerana  dikhuartir  akan  merapati  kematian  tersebut. Tangisan  dan  ratapan

      yang berlebihan terutamanya di tanah perkuburan tidak digalakkan dalam

      Islam.


      Sebelum ditimbus, siak atau sesiapa yang hadir akan turun ke dalam kubur

      dan  membuka  papan  tutup  kerana  itu  dan  mengerengkan  mayat  serta

      membukakan ikatan di kepala.







      Perkahwinan



      Persiapan  akan  dijalankan  termasuklah  mendirikan  khemah  tetamu,

      menyiapkan pelamin dan bilik  pengantin serta menyediakan bunga telur.


      Majlis  perkahwinan  juga  dikenali  sebagai  hari  langsung  atau  hari

      bersanding. Ia merupakan kemuncak istiadat perkahwinan inilah pengantin

      digelar raja sehari.
   1   2   3   4   5   6   7   8   9   10