Page 5 - Manual Pengurusan dBest 2019
P. 5
SEKAPUR SIRIH DARIPADA GURU BESAR
ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHITAALA WABARAKATUH
Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang,segala puji dan puja kepada
junjungan besar kita Nabi MUHAMMAD SAW. Syukur Alhamdulillah kita masih diberi
kesempatan untuk bersua lagi bagi meneruskan agenda kita untuk tahun 2019.
Tahun 2018 telah pun berlalu dengan meninggalkan pelbagai memori dalam perjalanan
hidup kita.Apa yang berlaku telah pun berlaku dan kita tidak berupaya lagi untuk memadam
kesilapan, kealpaan, kelalaian atau pun kesalahan yang telah kita lakukan samada yang
disedari mau pun yang tidak disedari.Ianya telah menjadi sejarah.Apa yang kita patut
lakukan ialah dengan “MUHASABAH” diri merenung kembali apakah sempurna sudah
“AMANAH” yang telah kita laksanakah. Berpuas hatikah dengan ‘outcome’ yang kita
capai. Berlaku jujurlah , tanyalah pada hati yang tidak pernah berdusta. Andai kata masih
terdapat banyak kelompangan-kelompangan yang tidak terisi , kuatkan azam untuk kita
penuhi pada tahun 2018 yang akan kita hadapi. Selagi kita masih berkesempatan untuk
memperbaiki diri lakukanlah dengan bersungguh-sungguh kerana tidak pernah pasti
noktah perjalanan hidup kita ini.
PPPM merupakan satu agenda besar Negara. Kita sudah acapkali dan sering kali
diingatkan tentang peranan kita untuk menyediakan generasi abad ke 21 yang akan
bersaing dipersada dunia. Mampukah kita melakukannya.Sudah pasti jawapanya ada
didalam hati kita masing-masing. Ramai dikalangan kita akan sempat menempuhi 3
gelombang PPPM yang akan berakhir pada tahun 2025. Jesteru itu kita tidak ada pilihan
sekiranya kita mahu kekal dalam landasan ini , kita perlu membuka hati dan minda untuk
terus mendukung ASPIRASI NEGARA.
Akhir kata Tahniah dan Terima Kasih kepada semua guru dan anggota pelaksana yang
telah menyumbang untuk kecemerlangan sekolah.
Sekian, Wassalam
SYED HUSNI BIN SYED MOHAMMAD
Guru Besar
- 2 -

