Page 7 - Manual Pengurusan dBest 2019
P. 7
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah lebih
memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu
untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek,
rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada
Tuhan.
Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang
berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia,
bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta
memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga,
masyarakat dan negara.
FALSAFAH SK DURIAN BURONG
Bahawa semua murid di sekolah ini diberikan peluang seluas-luasnya untuk
berkembang maju dari segi inteleknya dengan mencungkil potensi dan
bakat yang mereka ada. Maka kami guru-guru di sekolah ini
bertanggungjawab mendidik murid-murid kami supaya menjadi insan yang
sempurna dari segi jasmani, rohani serta intelek dan dapat melahirkan insan
yang berguna kepada diri sendiri, ibubapa, agama, masyarakat dan negara.
VISI SK DURIAN BURONG
"Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera"
MISI SK DURIAN BURONG
"Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi
Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara"
MATLAMAT SK DURIAN BURONG
Melahirkan pelajar yang berilmu, berakhlak mulia, berketrampilan dan
sejahtera.
Menyediakan mutu pengajaran dan pembelajaran yang baik dan berkesan.
Menyediakan iklim sekolah yang selesa, ceria dan selamat.
WAWASAN SK DURIAN BURONG
SK Durian Burong berprestasi cemerlang bagi Daerah Kuala Terengganu
pada Tahun 2020.
- 4 -

