Page 116 - Pengenalan baru
P. 116
U H A I A N I T A
B e b a s k a n h a t i m u
Jangan Biar Ianya Tersakiti
JAWAPAN
Suka saya untuk mengingatkan pada puan bahawa walaupun puan
berstatus isteri ia tidak bermaksud puan tidak berhak berbanding
suami.
Puan sebenarnya boleh memfailkan permohonan pengesahan
pernikahan puan dan suami ke Mahkamah. Puan hanya perlu
membawa dokumen-dokumen asal pernikahan sebagai pembuktian.
Isu suami puan berlengah untuk membuat pendaftaran, ia adalah
pilihannya. Namun saya sarankan kepada puan untuk bertindak bagi
mendapatkan pengesahan pernikahan puan.
Ini adalah amat penting kerana dengan adanya daftar nikah yang sah
di sisi undang-undang, barulah melayakkan puan untuk
mendapatkan bahagian dan hak-hak puan sekiranya berlaku
kematian suami kelak.
Puan juga hanya boleh memfailkan penceraian dengan
suami di Malaysia ini hanya setelah puan mendaftarkan
pernikahan. Sekiranya dokumen-dokumen tersebut tiada
bersama puan, puan boleh mendapatkan salinan yang
disahkan di tempat puan bernikah.
116 |https://nurhibahconsultants.blogspot.com/

