Page 113 - Pengenalan baru
P. 113

U H A I          A N I T A

                                                                            B e b a s k a n   h a t i m u
                                                                                  Jangan Biar Ianya Tersakiti






                                                       JAWAPAN





               Sebagai peguam syarie yang telah banyak melihat dan menyelami

               permasalahan rumah tangga, saya dapat katakan usia rumah tangga
               puan masih terlalu muda untuk diputuskan. Tapi saya juga tidak akan

               memaksa  puan  untuk  kekal  di  dalam  hubungan  yang  sedemikian,
               nanti makin lama makin banyak mudharatnya.


               Melihat background suami yang kaki pukul, sedikit sebanyak suami

               mungkin mengalami kesan yang sama atau suami perlu lebih fokus
               untuk mengawal emosinya sendiri agar tidak menyakiti puan.


                Walaubagaimanapun, sekiranya puan telah tekad untuk keluar dari

               perkahwinan,  puan  boleh  memfailkan  tuntutan  penceraian  di
               mahkamah syariah di bawah seksyen 47.


               Melalui penceraian jenis ini puan akan melalui proses pendamaian

               oleh  jawatankuasa  dan  hakam  yang  terdiri  dari  ahli  keluarga
               sekiranya suami tidak bersetuju untuk melafazkan cerai. Sekiranya

               hakam mendapati wujudnya syiqaq atau apa-apa perkara yang tidak
               dapat diselesaikan di dalam rumah tangga, puan dan

               suami akan diceraikan dengan kuasa hakam.
















               113 |https://nurhibahconsultants.blogspot.com/
   108   109   110   111   112   113   114   115   116   117   118