Page 38 - Pengenalan baru
P. 38
U H A I A N I T A
B e b a s k a n h a t i m u
Jangan Biar Ianya Tersakiti
Penyelesaian masalah rumah tangga secara ringkasnya dapat
dibahagikan pada tiga peringkat. Pada peringkat pertama, penyelesaian
lebih kepada bentuk pada pencegahan sebelum berlakunya masalah
atau krisis rumah tangga. Ianya bertumpu pada aspek pengajaran dan
pendidikan untuk membantu memberi panduan kepada pasangan yang
akan berumah tangga.
Di peringkat ini juga, setiap pasangan akan diberikan pendedahan
kepada ilmu pengetahuan serta kemahiran dalam mendalami
rumahtangga. Antaranya ialah kursus pra perkahwinan dan khutbah
nikah yang telah dianjurkan oleh Jabatan Agama Islam.
Ini kerana kursus dan khutbah sebegini dapat membantu mereka yang
berumah tangga mengetahui tentang konsep dan matlamat rumah
tangga serta menerangkan beberapa objektif pernikahan dan
memperbaiki niat bernikah. Manakala pada peringkat kedua lebih
bertumpukan kepada kaedah rawatan untuk memperbaiki keadaan
rumah tangga yang mula rosak.
Penyelesaian masalah rumah tangga peringkat kedua boleh
dibahagikan pada dua bentuk iaitu penyelesaian yang boleh
diselesaikan di peringkat suami isteri sahaja dan penyelesaian yang
rnelibatkan bantuan orang tengah. Pada peringkat terakhir ialah
38 |https://nurhibahconsultants.blogspot.com/

