Page 37 - Pengenalan baru
P. 37
U H A I A N I T A
B e b a s k a n h a t i m u
Jangan Biar Ianya Tersakiti
BAB 4
PENYELESAIAN DALAM KONFLIK RUMAHTANGGA
Setiap masalah sentiasa mempunyai jalan penyelesaiannya. Di
dalam sebuah perkahwinan suami adalah ketua dan pemimpin ke atas
semua ahli keluarganya. Hal ini kerana kaum lelaki adalah pemimpin
yang bertanggungjawab ke atas perempuan kerana Allah telah
melebihkan kaum lelaki dengan beberapa keistimewaan di atas kaum
perempuan. Oleh itu, suami perlulah pandai bertindak dalam
mengatasi masalah rumah tangga agar tidak berlaku penceraian.
Selain itu, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Jabatan
Agama Islam Negeri (JAIN) di seluruh Malaysia juga telah melaksanakan
pelbagai kaedah dan pendekatan bagi menangani masalah perceraian
ini antaranya kursus pra-perkahwinan, kursus pasca perkahwinan,
program-program, seminar dan forum berkaitan dengan kekeluargaan
namun sehingga kini masalah dan kadar perceraian tetap didapati terus
meningkat setiap tahun. Sebenarnya, masalah rumah tangga dapat
ditangani jika suami isteri berusaha untuk menyelesaikan dengan baik
dan berfikiran secara terbuka atas sesuatu masalah yang akan datang.
37 |https://nurhibahconsultants.blogspot.com/

