Page 45 - Pengenalan baru
P. 45
U H A I A N I T A
B e b a s k a n h a t i m u
Jangan Biar Ianya Tersakiti
Tapi disebabkan tidak bertenang dan tidak berfikir secara waras, jadilah
pertelingkahan semakin buruk keadaannya dengan mencetuskan
masalah-masalah lain.
Dalam ambil masa bertenang ni, jangan pula up status cerita dekat
orang dalam media sosial. Itu semua bukan menyelesaikan masalah.
Cuba berfikir dengan tenang, apa yang jadi punca, turunkan ego.
Mungkin salah kita? Mungkin kita salah anggap.
c) Murni
Murnikan keadaan. Dah bertenang, tapi jangan terlalu lama sampai dah
tak rasa manisnya kasih sayang. Eloklah suami isteri saling murnikan
keadaan. Saling bermaafan. Kalau boleh dilepaskan isu yang kecil,
lepaskanlah. Kalau isunya penting, berbicanglah dengan elok. Dapatkan
penyelesaian.
Pentingnya untuk berbincang dalam keadaan yang tenang. Barulah jadi
pengajaran, masing-masing mudah untuk terima, memahami dan
bertolak ansur. Jangan sesekali letakkan prinsip dalam rumahtangga “
aku suami, kau perlu buat cam ni.......” ...” aku isteri.. kau kena ........”
Apabila kita menegakkan kedudukan atau prinsip kita, kita akan asyik
membela diri kita sahaja. Akibatnya kita tidak mahu bertolak ansur dan
45 |https://nurhibahconsultants.blogspot.com/

