Page 47 - Pengenalan baru
P. 47
U H A I A N I T A
B e b a s k a n h a t i m u
Jangan Biar Ianya Tersakiti
ebenarnya, masalah suami isteri merupakan perkara yang
lumrah berlaku di dalam rumahtangga walau bagaimana
mesra sekalipun perhubungan mereka. Oleh itu, pasangan suami isteri
mestilah bersama-sama mencari jalan penyelesaian di atas sebarang
permasalahan yang timbul.
Mereka hendaklah saling memberi dan boleh menerima pandangan
atau pendapat antara satu sama lain suapaya dapat mengelakkan
pertelingkahan berlaku dalam rumah tangga. Apabila kedua-dua belah
pihak boleh menyelami emosi pasangan maka akan tercetuslah suasana
yang lebih harmoni dan bertambah suasana kasih sayang. Sebaiknya
jangan bertengkar atau bergaduh di depan anak-anak, orang gaji dan
adik-beradik kerana perbuatan itu akan mencetuskan pelbagai masalah
lain lagi.
Masalah dalam rumah tangga boleh memberi kesan yang positif apabila
ia dikendalikan atau ia diselesaikan dengan baik kerana ia boleh
mengeratkan lagi hubungan suami isteri. Walau bagaimanapun jika
47 |https://nurhibahconsultants.blogspot.com/

