Page 28 - BUKU PENGURUSAN DAN TAKWIM SK GEMEREH 2021
P. 28

LENCANA SEKOLAH

                             Lencana Sekolah Kebangsaan Gemereh, Segamat  telah dicipta dan direkabentuk
               oleh Encik Dahlan bin Abd Majid.  Ia  telah dilancarkan dengan rasminya  pada 28 Mac 1977
               (Perayaan Jubli Emas SK Gemereh).  Beliau  merupakan cucu kepada En. Mohd. Said bin
               Ahmad, pengasas sekolah ini dan Penghulu pertama Mukim Gemereh. Beliau adalah bekas
               pekerja sekolah yang telah bersara pada 6.11.1992.

               Lencana ini digunakan oleh murid-murid bagi melambangkan identiti Sekolah Kebangsaan
               Gemereh dan juga yang berkaitan dengan masyarakat setempat.  Rekaan yang terbentuk
               ini mempunyai maksud tertentu iaitu:

               Warna

               Coklat                :     Warna ini digunakan menyerupai dengan warna bendera sekolah. Ia
                                               juga berdasarkan sejarah tempatan di mana warna tersebut
                                               menggambarkan keadaan  dusun yang banyak terdapat di mukim
                                               Gemereh ini.

               Biru                    :    Warna yang melambangkan perpaduan kaum yang diamalkan
                                              masyarakat sekeliling.

               Merah                :     Menggambarkan  perasaanberani dalam menghadapi  sebarang
                                               rintangan.

               Hijau dan Kuning:    Melambangkan keagamaan di mana Islam adalah agama suci.  Ia
                                               juga menunjukkan  keharmonian, ketenteraman dan ketenangan
                                               yang dinikmati di persekitaran sekolah.
               Objek

               Obor                :       Membawa maksud menerangi semangat untuk maju terus maju
                                               bersesuaian   dengan cogan kata sekolah ‘BELAJAR TERUS MAJU’

               Daun               :       Melambangkan daun getah di mana penduduk sekitar sekolah ini
                                               kebanyakannya  adalah di dalam kalangan kaum petani dan
                                               penoreh getah sebagai sumber ekonomi mereka.

               Bunga padi     :        Bunga Padi melambangkan sumber makanan penting bagi penduduk
                                               Negara kita.




                                                            27
   23   24   25   26   27   28   29   30   31   32   33