Page 24 - BUKU PENGURUSAN DAN TAKWIM SK GEMEREH 2021
P. 24

SEJARAH  SEKOLAH





               Sekolah  Kebangsaan  Gemereh  telah  dibina  pada  tahun  1926    dan  memulakan  sesi
               pembelajaran  pada  tahun  1927.  Sebuah  bangunan  kayu  yang  berlantaikan  papan  berukuran
               24.88m(80 kaki)   dibina di sebidang tanah yang diwakafkan oleh En. Jengkelang bin Hj. Abd.
               Malek berhampiran tanah perkuburan Kampung Gemereh di Lot 429, Km 5 Jalan Muar dengan
               keluasan  tanah  1E;  3R  ;  11P.    Pembinaannya  telah  diuruskan  oleh  Penghulu  Md.  Said
               (Penghulu Pertama Mukim Gemereh. Bermula dengan 32 orang  murid lelaki dan perempuan
               dengan 4 orang guru.  Tuan Haji Yahya bin Kubu adalah Guru Besar pertamanya.   Sekolah ini
               telah  dirasmikan    pada  28  Mac  1927  oleh  En.  Mohd.  Tap  bin  Hj.  Ismail,  Pegawai  Daerah
               Segamat.

                      Pada tahun 1955, pembinaan peringkat kedua telah dilaksanakan.  Sebuah bangunan
               batu dua tingkat telah didirikan  di atas tanah Lot no. 19022 iaitu tapak bangunan yang dibeli
               hasil  daripada  kutipan  derma  orang  ramai  sebanyak  RM2,450.00.  Jumlah  keluasan  tapak
               sekolah menjadi 3.30 ekar.

                       Pada  tahun  yang  sama  Sekolah  Perempuan  Gemereh  telah  ditubuhkan  dibawah
               pimpinan Guru Besarnya Puan Fatimah binti Hj. Mohd. Amin dengan dibantu oleh empat orang
               guru penolong.Tetapi sekolah tersebut tidak dapat bertahan lama.Pada tahun 1959, bangunan
               sekolah ini ditambah lagi dua bilik darjah dan sekolah lelaki dan perempuan digabungkan.  Guru
               Besar pertamanya ialah Tuan Hj.Hassan bin Mohamad.

                       Sekolah ini telah menyambut perayaan Jubli Emas pada tahun 1977 yang dirasmikan
               oleh Y.A.B. Tan Sri Dato’ Hj. Osman bin Saad, Menteri Besar Johor.

                      Pada  1  Mei  1994,  sekolah  ini  telah  dinaik  taraf  kepada  sekolah  Gred  A  dan  telah
               menerima 3 orang Guru Penolong Kanan dengan Tuan Hj. Tahir bin Karon sebagai Guru Besar.
               Pertambahan murid telah membawa pertambahan bangunan dan kelas.  Pada 28 September
               1999, bangunan baru 3 tingkat telah dibina dan digunakan sepenuhnya pada 3 Januari 2000.
               Perasmian bangunan baru telah dilakukan oleh YB Tuan Hj. Othman bin Jais, ADUN Sepinang
               sempena sambutan Jubli Intan sekolah ini pada     25 Oktober 2002.

                      Pada tahun 2010,  sekolah ini mendapat bangunan empat tingkat mengandungi dewan
               terbuka,dan bangunan prasekolah bagi menggantikan blok lama yang telah usang. Penyerahan
               bangunan telah diterima pada 27 Julai 2011 dan digunakan sepenuhnya.

                      Sekolah Kebangsaan Gemereh telah melahirkan ramai cendikiawan dan cerdik pandai
               yang menjawat jawatan tinggi kerajaan dan swasta.

                      Pada 1 April 2013 kelas Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran telah dibuka dengan
               seorang murid perempuan. Semoga sekolah ini akan terus maju.




                                                             24
   19   20   21   22   23   24   25   26   27   28   29