Page 18 - Bola Baling Sekolah Rendah
P. 18

Bola Jaring






                                                                                                                     BAB 3    LATAR BELAKANG SUKAN

                                                                                                                  3.1  SEJARAH DAN PERKEMBANGAN

                                                                                                                       Bola Jaring merupakan permainan yang dimainkan oleh dua pasukan.  Permainan
                                                                                                                       ini melibatkan kemahiran asas seperti menghantar dan menerima bola, pergerakan,
                                                                                                                       mengelak, menghadang dan menjaring.

                                                                                                                       1.   Asal usul Bola Jaring

                                                                                                                       Permainan bola jaring merupakan sukan yang dimainkan dalam kalangan wanita.
                                                                                                                       Perkembangan yang pesat dalam sukan ini telah meletakkannya sebagai salah satu
                                                                                                                       sukan bertaraf antarabangsa yang diminati khasnya di negara-negara Komanwel.


                                                                                                                       Dr. James Naismith, seorang rakyat Kanada, telah memperkenalkan sukan
                                                                                                                       ini sebagai sukan dalaman di Amerika Syarikat dalam tahun 1891.  Beliau        19
                                                                                                                       menggunakan bola yang besar supaya mudah untuk menerima dan menghantar
                                                                                                                       serta tidak boleh berlari dengan bola.  Bakul  dipasang di tempat tinggi sebagai gol.
                                                                                                                       Dr. James Naismith menetapkan tiga belas (13) undang-undang bagi permainan
                                                                                                                       ini.  Permainan ini bertambah popular apabila jaring diperkenalkan dan undang-
                                                                                                                       undang serta aspek kemudahan dimurnikan.


                                                                                                                       Bola Jaring (atau asalnya dikenali sebagai bola bakul/basket ball) dibawa ke
                                                                                                                       England  dari  Amerika  Syarikat  oleh  Dr.  Toles  semasa  beliau  melawat  Kolej  P.T.
                                                                                                                       Osterberg dalam tahun 1895.  Beliau memperkenalkan permainan ini dengan cara
                                                                                                                       menjaringkan bola ke dalam bakul sampah. Pasukan Madam Osterberg mendapat
                                                                                                                       reputasi antarabangsa melalui Kolej Dartford.

                                         BAB 3                                                                         Pada tahun 1897, bola jaring dimainkan di atas padang rumput di seluruh United
                                                                                                                       Kingdom.  Kawasan atau zon gelanggang terbahagi kepada tiga.



                                         LATAR BELAKANG SUKAN                                                          2.   Sejarah awal bola jaring di Malaysia
                                                                                                                       Pada asalnya, bola jaring telah diperkenalkan di Tanah Melayu oleh mubaligh-
                                         BOLA JARING                                                                   mubaligh Kristian dari England kepada murid-murid Sekolah Rendah Inggeris di
                                                                                                                       negeri-negeri Selat pada zaman pemerintahan British.
   13   14   15   16   17   18   19   20   21   22   23