Page 19 - Bola Baling Sekolah Rendah
P. 19

Bola Jaring






               BAB 3    LATAR BELAKANG SUKAN

            3.1  SEJARAH DAN PERKEMBANGAN

                 Bola Jaring merupakan permainan yang dimainkan oleh dua pasukan.  Permainan
                 ini melibatkan kemahiran asas seperti menghantar dan menerima bola, pergerakan,
                 mengelak, menghadang dan menjaring.

                 1.   Asal usul Bola Jaring

                 Permainan bola jaring merupakan sukan yang dimainkan dalam kalangan wanita.
                 Perkembangan yang pesat dalam sukan ini telah meletakkannya sebagai salah satu
                 sukan bertaraf antarabangsa yang diminati khasnya di negara-negara Komanwel.


                 Dr. James Naismith, seorang rakyat Kanada, telah memperkenalkan sukan
                 ini sebagai sukan dalaman di Amerika Syarikat dalam tahun 1891.  Beliau        19
                 menggunakan bola yang besar supaya mudah untuk menerima dan menghantar
                 serta tidak boleh berlari dengan bola.  Bakul  dipasang di tempat tinggi sebagai gol.
                 Dr. James Naismith menetapkan tiga belas (13) undang-undang bagi permainan
                 ini.  Permainan ini bertambah popular apabila jaring diperkenalkan dan undang-
                 undang serta aspek kemudahan dimurnikan.


                 Bola Jaring (atau asalnya dikenali sebagai bola bakul/basket ball) dibawa ke
                 England  dari  Amerika  Syarikat  oleh  Dr.  Toles  semasa  beliau  melawat  Kolej  P.T.
                 Osterberg dalam tahun 1895.  Beliau memperkenalkan permainan ini dengan cara
                 menjaringkan bola ke dalam bakul sampah. Pasukan Madam Osterberg mendapat
                 reputasi antarabangsa melalui Kolej Dartford.

 BAB 3           Pada tahun 1897, bola jaring dimainkan di atas padang rumput di seluruh United
                 Kingdom.  Kawasan atau zon gelanggang terbahagi kepada tiga.



 LATAR BELAKANG SUKAN   2.   Sejarah awal bola jaring di Malaysia
                 Pada asalnya, bola jaring telah diperkenalkan di Tanah Melayu oleh mubaligh-
 BOLA JARING     mubaligh Kristian dari England kepada murid-murid Sekolah Rendah Inggeris di
                 negeri-negeri Selat pada zaman pemerintahan British.
   14   15   16   17   18   19   20   21   22   23   24