Page 18 - Bola Baling Sekolah Rendah
P. 18
Bola Baling
BAB 3 LATAR BELAKANG SUKAN
3.1 SEJARAH DAN PERKEMBANGAN
Bola baling merupakan gabungan daripada beberapa kemahiran asas bola jaring,
bola keranjang dan bola sepak. Permainan ini mulai mendapat pengiktirafan
antarabangsa sebagai satu permainan yang diminati. Dari segi populariti, bola
baling sudah menjadi permainan yang setanding dengan permainan-permainan
lain.
Bola baling mula diperkenalkan di Malaysia pada tahun 1976, oleh Encik Lim Hock
Han (Pengarah Sukan Universiti Malaya). Beliau memperkenalkan permainan ini
kepada kumpulan guru dan pelajar di beberapa buah sekolah di negeri Selangor.
Selepas itu sebuah jawatankuasa kerja, khusus untuk permainan bola baling telah
dibentuk untuk tujuan menjadi badan menyelaras bagi mempopularkan pemainan
ini khusus dalam kalangan pelajar sekolah, maktab dan universiti. Kementerian 19
Pendidikan serta Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM) mengadakan
pelbagai kursus dalam aspek pengenalan permainan, pengadilan dan kejurulatihan
bola baling kepada guru-guru. Tujuannya adalah untuk mengembangkan
permainan ini ke sekolah-sekolah di seluruh negara.
Pada tahun 1981 Persatuan Bola Baling Selangor/Wilayah Persekutuan telah
ditubuhkan. Pada tahun 1984 Persekutuan Bola Baling Malaysia telah ditubuhkan
dengan Encik Cheah Hai Su (Pegawai dari Unit Pendidikan Jasmani dan Sukan,
Kementerian Pendidikan) telah dilantik sebagai Presiden manakala Encik Kan Tong
BAB 3 menjadi ahli gabungan Persekutuan Bola Baling Asia (AHF).
Leong sebagai Setiausaha. Pada tahun 1986 Persekutuan Bola Baling Malaysia telah
pelbagai kursus pengenalan, kepengadilan dan kejurulatihan telah dianjurkan oleh
LATAR BELAKANG Dalam usaha untuk memasukkan permainan bola baling ke dalam kelendar MSSM,
Unit Pendidikan Jasmani dan Sukan, Kementerian Pendidikan Malaysia antaranya
SUKAN ialah :-
i) Kursus Pengenalan/Kepengadilan dan Kejurulatihan telah diadakan di
Institut Aminuddin Baki pada tahun 1985
ii) Kursus Jurulatih Bola Baling MSSM di TLDM, Lumut – 1985
iii) Kursus Pengadilan Bola Baling di SM Sains Selangor – 1986
dan lain-lain kursus berikutnya.

