Page 19 - Bola Baling Sekolah Rendah
P. 19

Bola Baling





               BAB 3    LATAR BELAKANG SUKAN


            3.1  SEJARAH DAN PERKEMBANGAN

                 Bola baling merupakan gabungan daripada beberapa kemahiran asas bola jaring,
                 bola keranjang dan bola sepak. Permainan ini mulai mendapat pengiktirafan
                 antarabangsa  sebagai  satu  permainan  yang  diminati.  Dari  segi  populariti,  bola
                 baling sudah menjadi permainan yang setanding dengan permainan-permainan
                 lain.

                 Bola baling mula diperkenalkan di Malaysia pada tahun  1976, oleh Encik Lim Hock
                 Han (Pengarah Sukan Universiti Malaya). Beliau memperkenalkan permainan  ini
                 kepada kumpulan guru dan pelajar di beberapa buah sekolah di negeri Selangor.
                 Selepas itu sebuah jawatankuasa kerja, khusus untuk permainan bola baling telah
                 dibentuk untuk tujuan menjadi badan menyelaras bagi mempopularkan pemainan
                 ini khusus dalam kalangan pelajar sekolah, maktab dan universiti.  Kementerian   19
                 Pendidikan serta Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM) mengadakan
                 pelbagai kursus dalam aspek pengenalan permainan, pengadilan dan kejurulatihan
                 bola baling kepada guru-guru.  Tujuannya adalah untuk mengembangkan
                 permainan ini ke sekolah-sekolah di seluruh negara.

                 Pada tahun 1981 Persatuan Bola Baling Selangor/Wilayah Persekutuan telah
                 ditubuhkan.  Pada tahun 1984 Persekutuan Bola Baling Malaysia telah ditubuhkan
                 dengan Encik Cheah Hai Su (Pegawai dari Unit Pendidikan Jasmani dan Sukan,
                 Kementerian Pendidikan) telah dilantik sebagai Presiden manakala Encik Kan Tong
 BAB 3           menjadi ahli gabungan Persekutuan Bola Baling Asia (AHF).
                 Leong sebagai Setiausaha. Pada tahun 1986 Persekutuan Bola Baling Malaysia telah




                 pelbagai kursus pengenalan, kepengadilan dan kejurulatihan telah dianjurkan oleh
 LATAR BELAKANG  Dalam usaha untuk memasukkan permainan bola baling ke dalam kelendar MSSM,
                 Unit Pendidikan Jasmani dan Sukan, Kementerian Pendidikan Malaysia antaranya
 SUKAN           ialah :-

                   i)   Kursus Pengenalan/Kepengadilan dan Kejurulatihan telah diadakan di
                      Institut Aminuddin Baki pada tahun  1985
                   ii)   Kursus Jurulatih Bola Baling MSSM di TLDM, Lumut – 1985
                   iii)  Kursus Pengadilan Bola Baling di SM Sains Selangor – 1986
                      dan lain-lain kursus berikutnya.
   14   15   16   17   18   19   20   21   22   23   24