Page 52 - Manual Pengurusan KVG 2023
P. 52
Peraturan Am
Kolej Vokasional Gombak
Hadir Bertugas
1.1 Para pensyarah yang hadir bertugas hendaklah mengikut waktu kerja fleksibel yang telah
ditetapkan:
Isnin –Khamis
8.00 pagi – 3.00 petang / 10.00 pagi – 5.00 petang
Jumaat
8.00 pagi – 12.00 tengah hari
1.2 Anggota Kumpulan Pelaksana hendaklah mengikut waktu pejabat yang ditetapkan
bermula pada pukul 8.00 pagi dan berakhir pada pukul 5.00 petang.
1.3 Pensyarah / Anggota Kumpulan Pelaksana yang ingin keluar semasa waktu bertugas atas
urusan tertentu (peribadi yang tidak dapat dielakkan) hendaklah mengisi Borang
Kebenaran Keluar dan mendapatkan kebenaran keluar daripada Pengarah atau wakil serta
mencatat di dalam Buku Rekod Keluar di pejabat pentadbiran.
1.4 Pensyarah / Anggota Kumpulan Pelaksana yang ingin mengambil cuti (CRK / Cuti Sakit
atau lain-lain cuti) hendaklah memaklumkan kepada Ketua Jabatan terlebih dahulu serta
mendapatkan kelulusan.
1.5 Semua pensyarah diwajibkan hadir pada waktu perhimpunan dan waktu acara rasmi
kolej yang telah ditetapkan (rujuk tarikh-tarikh perhimpunan yang telah ditetapkan).
2. Menjalankan Tugas ( Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.6 / 1985)
2.1 Para pensyarah dikehendaki berada di kelas masing-masing mengikut jadual PdPc yang
telah ditetapkan. Waktu- waktu lain adalah merupakan waktu kerja seperti pada Pekeliling
Bil.1/1981.
2.2 Para pensyarah adalah bertanggungjawab sepenuhnya kepada pelajar-pelajar semasa
waktu pengajaran di kelas masing-masing.
2.2.1 Pengajaran dan pembelajaran hendaklah berjalan lancar dan berkesan semasa
pengajaran dijalankan (Pekeliling Bil.3/1999).
2.3 Fail Persediaan Mengajar / Fortfolio Pensyarah mestilah kemaskini setiap kali pengajaran
dan pembelajaran dijalankan (Pekeliling Bil.3/1999) dan dibawa ke kelas semasa proses
pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan. Fail Portfolio Pensyarah juga hendaklah
dihantar untuk semakan Ketua Jabatan setiap minggu pada hari Jumaat (SPI Bil.3/1999).
24

