Page 53 - Manual Pengurusan KVG 2023
P. 53

2.4  Semua tugasan pelajar mestilah disemak dan diperiksa. Pemarkahan / penilaian hendaklah
                        dinilai   dari keadaan sebenar. Pemantauan hendaklah dilakukan oleh Ketua Unit / Ketua
                        Jabatan dari semasa ke semasa.
                    2.5  Pensyarah / Anggota Kumpulan Pelaksana hendaklah sentiasa mengambil tahu tugas dan

                        maklumat kolej serta tanggungjawab sendiri dan melaksanakan arahan-arahan yang telah
                        diberikan oleh pihak kolej atau Ketua Jabatan/ surat-surat pekeliling.
                    2.6  Pensyarah / Anggota Kumpulan Pelaksana hendaklah sentiasa dalam keadaan mesra dan
                        harmoni serta menjaga profesion tugas masing-masing.
                    2.7  Pensyarah/Anggota Kumpulan Pelaksana hendaklah telus dalam menyelesaikan sebarang

                        masalah yang berkaitan dengan tugas rasmi.
                    2.8  Pensyarah / Anggota Kumpulan Pelaksana hendaklah menjalankan tugas yang diarahkan
                        oleh Ketua Jabatan dan mematuhi Perintah Am serta surat pekeliling dari semasa ke semasa.
                    2.9  Ketua Jabatan tidak akan bertanggungjawab terhadap pegawai yang cuai semasa
                        menjalankan tugas.
               3.   Displin dan Pakaian (SPI Bil.6/1985)

                    3.1  Para Pensyarah / Anggota Kumpulan Pelaksana  dilarang merokok / menghisap vape di dalam
                        kawasan sekolah.

                    3.2  Pensyarah / Anggota Kumpulan Pelaksana hendaklah sentiasa berpakaian kemas dan
                        lengkap pada waktu bertugas dan upacara rasmi (mesyuarat, majlis tertentu, jamuan) (Surat

                        Pekeliling Ikhtisas Bil. 6/1985) dan menunjukkan tingkah laku yang boleh memberi pengajaran

                        kepada para pelajar kerana pensyarah adalah model dan contoh yang baik.
                    3.3  Pensyarah / Anggota Kumpulan Pelaksana hendaklah berpakaian baju Melayu lengkap dan
                        bersampin (Pekeliling Bil.6/1985).

                    3.4  Pensyarah / Anggota Kumpulan Pelaksana hendaklah mengambil tindakan tatatertib terhadap

                        pelajar berdasarkan Surat Pekeliling Bil.1/1972.
                    3.5  Semua pensyarah / Anggota Kumpulan Pelaksana hendaklah menjaga dan menggunakan
                        harta benda kolej dengan sempurna. Harta benda kolej tidak dibenarkan dibawa keluar dari
                        kawasan kolej kecuali dengan izin Ketua Jabatan secara rasmi. (P.U (A) 395/1993) 4.(2)(g).
                    3.6  Pensyarah / Anggota Kumpulan Pelaksana  dilarang sama sekali menggunakan peralatan atau
                        bahan kolej untuk kepentingan peribadi kecuali dengan izin Ketua Jabatan.

                    3.7  Pensyarah / Anggota Kumpulan Pelaksana hendaklah sentiasa menjaga keharmonian
                        sesama rakan sejawat dan menjaga nama baik KV Gombak.
                    3.8  Pensyarah / Anggota Kumpulan Pelaksana hendaklah membuat tindakan segera sebarang
                        surat- surat rasmi yang dikeluarkan oleh pihak/ Ketua Jabatan.
                    3.9  Pensyarah / Anggota Kumpulan Pelaksana hendaklah sentiasa mematuhi perintah am
                        kerajaan dan surat- surat pekeliling yang dikeluarkan oleh jabatan.








                                                           25
   48   49   50   51   52   53   54   55   56   57   58