Page 50 - KESENIAN DALAM MASYARAKAT MELAYU TRADISINAL KALI KE 7
P. 50

B U S A N A




             T A R I A N   Z A P I N














        Busana atau pakaian membawa maksud kepada suatu budaya sesebuah masyarakat. Bukan itu sahaja, pakaian juga
        melambangkan identiti sesebuah kaum seperti kaum Melayu mempunyai baju tradisional seperti baju kurung yang
        melambangkan identiti mereka sebagai kaum Melayu. Contoh lain pula, kaum India memakai Sari kerana kain Sari

        merupakan  baju  tradisional  bagi  kaum  India  dan  melambangkan  identiti  mereka  sebagai  sebuah  orang  India.
        Tambahan  pula,  pakaian  merupakan  sebuah  elemen  yang  penting  dalam  sesebuah  persembahan  tarian  bagi
        menunjukkan  karakter  masing-masing  dalam  sebuah  persembahan.  Pemilihan  dan  padanan  pakaian  yang
        bersesuaian mampu untuk menyerlahkan ahli penari ketika melakukan persembahan di atas pentas. Walaupun tarian
        zapin ini diasaskan oleh para pedagang luar dari Arab, namun para penari zapin tetap mengenakan pakaian Melayu
        selengkapnya. Kebiasaannya penari lelaki dan perempuan akan memakai pakaian yang mempunyai warna yang sama
        bagi  menunjukkan  keserasian,  akan  tetapi  ia  bergantung  kepada  pengurus  penari  untuk  mengenakan jenis  warna
        pada pakaian yang digunakan oleh para penari.

        Bagi  penari  zapin  lelaki,  mereka  akan
        memakai  sepasang  baju  melayu  yang
        lengkap  dan  memakai  samping  yang
        diikat  dengan  gaya  ikatan  dagang  dan
        memakai songkok atau tanjak. Bagi penari
        zapin  perempuan  pula,  mereka  akan
        mengenakan  pakaian  set  baju  kurung
        teluk  belanga  yang  bercorak  kosong
        kemudian    dipadankan   dengan   kain
        songket  yang  mempunyai  corak.  Selain
        itu,  para  penari  akan  menggunakan
        aksesori       tambahan         seperti
        rantai,subang,cucuk  sanggul  bagi  penari
        perempuan  serta  bunga-bunga  kecil
        untuk    menghiasi    rambut    penari
        perempuan.





      E-majalah | 49
   45   46   47   48   49   50   51   52   53   54   55