Page 54 - KESENIAN DALAM MASYARAKAT MELAYU TRADISINAL KALI KE 7
P. 54
KESIMPULAN
Kesimpulannya, Ketamadunan dan kemasyhuran sesebuah negara lahir
daripada manifestasi seni dan budaya. Mengambil contoh tamadun Islam dan
Eropah seperti Yunani dan Rom adalah antara tamadun besar yang mengecapi
kegemilangan dalam konteks kesenian dan kebudayaan.Sejarah telah
membuktikan perihal ini. Bahkan seni dan budaya tradisi mempunyai peranan
yang cukup besar dalam menyumbang kepada pembangunan sesebuah
masyarakat terutama dalam membentuk sesebuah negara bangsa yang
beridentiti.
Warisan kesenian yang ditinggalkan oleh nenek moyang kita haruslah
dipelihara sebaiknya kerana terdapat pelbagai kepentingan yang mampu
diperoleh oleh masyarakat dan negara. Sebagai contoh, warisan negara banyak
kepentingannya terhadap industri pelancongan negara. Hal ini kerana, warisan
ini dapat menarik perhatian para pengunjung yang melancong ke negara kita.
Bukan itu sahaja, para pengunjung tempatan mahupun pengunjung luar
mendapat ilmu pengetahuan tentang segala peristiwa-peristiwa yang berlaku
di Malaysia. Oleh itu, pengetahuan mengenai peristiwa ini akan dapat
meningkatkan nilai patriotisme dalam diri pengunjung.

