Page 23 - Modul Esei PA Sem 2 2021
P. 23
Penutup
Kepesatan ekonomi sesebuah negara banyak bergantung kepada usaha perniagaan yang dijalankan.
Perniagaan yang dijalankan banyak membantu dalam meningkatkan ekonomi sesebuah negara.
Kewujudan pasar malam memang telah diketahui umum sejak masyarakat telah mula mengenali
aktiviti perdagangan di masa lampau. Perniagaan pasar malam kini amat popular dan aktif disertai oleh
peniaga-peniaga kecil.
Kombinasi Jawapan: Mana-mana 2+3/3+2
14. Kemunculan wabak penyakit baru merupakan antara cabaran perkhidmatan kesihatan negara yang
menuntut pelbagai usaha diambil bagi meningkatkan tahap kualiti kesihatan awam di negara ini.
Bincangkan.
Pendahuluan: Perkhidmatan kesihatan Negara kita sentiasa menghadapi pelbagai cabaran yang
mengganggu kelestarian dan kemapanannya. Malaysia terus memperkembang taraf kesihatan
penduduk dengan menggariskan strategi- strategi yang komprehensif.
IDEA HURAIAN
A. CABARAN
1.Wabak Penyakit Cabaran masa depan bagi perkhidmatan kesihatan awam di Malaysia lebih
kepada penyakit berbanding infrastruktur.
Seperti negara-negara membangun lain, Malaysia juga menghadapi
ancaman penyakit berjangkit (CD) dan penyakit tidak berjangkit (NCD).
Contoh CD ialah Covid 19, batuk kering, denggi, viral hepatitis, malaria
dan HIV/AIDS sementara NCD pula adalah penyakit mental, strok, kanser,
lelah, diabetes dan kecederaan kerana kemalangan.
Atas alasan ini, kementerian perlu meningkatkan usaha memerangi kedua-
dua penyakit yang akan mencetuskan pelbagai cabaran.
2.Permintaan yang tinggi Perubahan pola demografi dan peningkatan jumlah penduduk
daripada orang awam wujudnya persaingan untuk memperoleh perkhidmatan kesihatan
Kesesakan dipusat pusat kesihatan awam
Masa menunggu yang lama
3.Perbelanjaan kesihatan yang Kos perubatan meningkat
terus meningkat Kos membiayai ubat-ubatan dan peralatan
Perubahan pola penyakit dan pola demografi
4.Kekurangan tenaga pakar Kekurangan tenaga pakar dalam perubatan terutamanya berkaitan penyakit
dan peralatan moden kronik dan pembedahan
Persaingan dengan sektor swasta dalam penawaran gaji kepada kakitangan
Peralatan yang digunakan tidak relevan dengan perubahan pola penyakit.
B. STRATEGI
5.Transformasi kesihatan Sistem pembiayaan kesihatan yang standard, berkualiti dan bersepadu
bersepadu Tenaga kerja yang kompeten dan mencukupi
Gerak dan cara kerja akan dipantau bagi mengatasi kelemahan sedia
23

