Page 19 - Modul Esei PA Sem 2 2021
P. 19

8.   Kelemahan penguatkuasaan      -kurang pemantauan dan penguatkuasaan dalam
                                                     memastikan syarat pensijilan halal dipatuhi secara
                                                     konsisten
                                                    -kekurangan kakitangan menyukarkan urusan
                                                     pemantauann dan penguatkuasaan undang-undang ini
                                                    -penguatkuasaan tidak berterusan


               Kesimpulan : Usaha untuk memperkasa Malaysia sebagai hab halal harus menjadi agenda penting
               negara. Kita mestikan mencapai standard halal yang dapat diterima diperingkat antarabangsa.

               Kombinasi Jawapan: Mana-mana 2+3/3+2



               12.  E-dagang banyak memberi faedah kepada rakyat dan negara. Walau bagaimanapun pedagang dan
               usahawan tempatan perlu bersedia menghadapi cabaran yang kompetitif ini. Jelaskan


               Pengenalan:-   Perdagangan tanpa sempadan atau e-dagang banyak dilaksanakan pada era globalisasi
               ini. Pelbagai faedah dapat dipeolehi melalui e-dagang tetapi ia turut memberi cabaran kepada
               pedagang dan usahawan tempatan.

               Bil                       Isi / Idea                                              Huraian
                     Faedah e-dagang:-              E-dagang atau perdagangan tanpa sempadan dapat
               1.                                    memudahkan dan mempercepat urusniaga .
                     Memudahkan dan                 Kemudahan e-dagang yang boleh diakses dengan mudah
                     mempercepat urus niaga          setiap masa dan di mana sahaja dapat memudahkan dan
                                                     mempercepat urus niaga. Segala pesanan dan pembayaran
                                                     boleh dilakukan melalui Internet atau talian eletronik.
                                                    Misalnya, melalui laman web, malahan facebook, urusan
                                                     pesanan dan membeli barangan elektronik, beg tangan dan
                                                     pakaian dapat dilaksanakan secara mudah dan cepat.
               2.    Memudahkan pengeluar
                     dan pengguna                   Maklumat atau data mengenai barangan yang dibeli mudah
                     mendapatkan maklumat            diakses oleh pengguna dalam laman atau media elektronik
                                                     yang sedia ada pada sepanjang masa.
                                                    Pengeluar pula boleh mendapatkan maklumat pemborong ,
                                                     peniaga dan juga pembeli dari segi tawaran harga ,
                                                     barangan yang dikehendaki dan juga logistik dalam urusan
                                                     jual beli e-dagamg .

               3.    Pasaran yang lebih luas
                                                    E-dagang juga dapat membantu pengeluar,peniaga dan
                                                     pedagang meluaskan pasaran dalaman malahan pasaran
                                                     luar jika dapat memenuhi kehendak permintaan pelanggan-
                                                     pelanggan luarnya.
                                                    Melalui platform internet , pengeluar dan peniaga dapat
                                                     mengiklankan barangan keluarannya dalam laman web,
                                                     facebook, Instagram atau media-media eletronik yang lain.
               4.    Menjimatkan kos
                     pengurusan                     Tanpa perlu membayar kos sewa , mengupah jurujual dan
                                                     boleh berurus niaga pada bila-bila masa dapat menjimatkan
                                                     kos pengurusan secara berkesan .
                                                    Kos pengurusan yang lebih murah dapat memberi
                                                                                                        19
   14   15   16   17   18   19   20   21   22   23   24