Page 3 - Modul Esei PA Sem 2 2021
P. 3
Kombinasi Jawapan : 1+4
2. Amalan bersopan santun dan bersusila merupakan nilai yang termaktub dalam prinsip kelima Rukun
Negara. Pelbagai pihak berperanan penting dalam usaha memupuk nilai tersebut dalam kalangan
rakyat Malaysia. Bincangkan.
Pengenalan: Prinsip kelima Rukun Negara ialah kesopanan dan kesusilaan yang menjurus kepada
pembentukan masyarakat Malaysia yang bersopan santun dan bersusila. Amalan ini merupakan nilai
yang amat penting untuk memupuk keperibadian yang baik .
Bil Isi/Idea Huraian
Mengubah dan membaiki perlakuan diri sendiri
1 Individu/diri sendiri Melakukan amalan baik, bersopan santun dan bersusila agar
diterima baik oleh anggota masyarakat yang lain.
Menjadi suri teladan kepada anak-anak/ahli keluarga
2 Institusi keluarga/ibu Didikan bermula sejak kecil hingga dewasa
bapa Mengamalkan sopan santun dan susila dalam amalan harian
Bertegur sapa dengan ramah dan berhemah, saling tolong
3 Masyarakat/Jiran menolong apabila orang lain dalam kesusahan
tetangga
Amalan sopan santun dan bersusila dapat menjalinkan
semangat kejiranan yang teguh sehingga mewujudkan perasaan
saling mempercayai sesama jiran/masyarakat.
Media elektronik seperti televisyen boleh menyiarkan iklan atau
4 Media Massa program yang memberi kesedaran kepada kepentingan
pengamalan kesopanan dan kesusilaan dalam kehidupan harian.
Media cetak seperti akhbar dan majalah menerbitkan rencana
tentang penerapan kesopanan dan kesusilaan dalam kalangan
masyarakat.
Media elektronik boleh menggunakan saluran media sosial
seperti Instagram, Facebook Dan Twitter untuk menyebarkan
maklumat berkaitan kesopanan dan kesusilaan.
Penerapan nilai kesopanan dan kesusilaan di sekolah dan pusat
5 Institusi Pendidikan pengajian tinggi.
Melalui mata pelajaran Sivik dan Kewarganegaraan,
Pendidikan Moral dan mata pelajaran agama.
Menganjurkan Minggu Budi Bahasa, mengadakan Anugerah
Pelajar Sopan dan mendidik murid tentang budi Bahasa
Melaksanakan kempen seperti ‘Budi Bahasa Budaya Kita’
6 Kerajaan Menganjurkan program-program jati diri dan peribadi murni
Meningkatkan kesedaran masyarakat tentang kepentingan
memupuk nilai kesopanan dan kesusilaan dalam kalangan
masyarakat melalui dokumentari rancangan interaktif.
Kesimpulan : Amalan bersopan santun dan bersusila merupakan amalan mulia dan perlu diamalkan
dalam kehidupan seharian kita. Semua pihak haruslah memainkan peranan masing-masing untuk
memupuk amalan murni ini.
Kombinasi Jawapan : Mana-mana 5 idea/isi (5 + 0)
3

