Page 34 - KERTAS SOALAN PEPERIKSAAN PAM SEM 1 SEBENAR(2013-2017)
P. 34
SULIT*
Bahagian A [15 markah]
Jawab semua soalan.
1 Yang manakah pemyataan yang menunjukkan Malaysia sebuah negara yang berdaulat?
A Penduduk mempunyai jati diri yang tinggi.
B Negara diiktiraf oleh komuniti antarabangsa.
C Kuasa politik berdasarkan tolak ansur pelbagai kaum.
D Ekonomi negara dikongsi bersama oleh pelbagai kaum.
2 Yang manakah pemyataan yang menepati konsep ketertinggian Perlembagaan Persekutuan?
A Perlembagaan tidak boleh dipinda.
B Parlimen berkuasa mentafsir peruntukan perlembagaan.
C Perlembagaan Persekutuan menjadi punca semua jenis undang-undang.
D Mahkamah tidak berkuasa untuk membatalkan undang-undang yang bercanggah dengan
perlembagaan.
3 Yang manakah pemyataan yang merujuk kepada kebebasan diri menurut Perlembagaan
Persekutuan?
A Semua orang dilayan sama rata di sisi undang-undang negara.
B Seseorang yang ditangkap perlu diberitahu sebab-sebab ia ditangkap.
C Setiap warganegara Malaysia bebas bergerak ke seluruh Persekutuan.
D Setiap individu yang dibebaskan daripada kesalahan tidak boleh dibicarakan semula.
4 Yang di-Pertuan Agong boleh bertindak mengikut budi bicara dalam pelantikan jawatan
A Peguam Negara
B Perdana Menteri
C Ahli Suruhanjaya
D Ketua Hakim Negara
5 Yang manakah yang benar tentang sistem kerajaan demokrasi berparlimen di Malaysia?
I Ketua negara dipilih dalam pilihan raya.
II Pengundian pilihan raya diadakan secara sulit.
III Semua ahli Majlis Parlimen dipilih oleh rakyat.
IV Rakyat perlu memilih wakil kawasan mereka ke Dewan Rakyat.
A I dan III
B I dan IV
C II dan III
D II dan IV
STPM 2017 - 900/1/P1 [Lihat sebelah
*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*

