Page 28 - Laporan Tahunan 2015 DOSM
P. 28

26      LAPORAN TAHUNAN 2015
                    JABATAN PERANGKAAN MALAYSIA
















                                               Pelan Transformasi



                           Jabatan Perangkaan Malaysia


                                                                                  2015-2020



































            Pencapaian Tahun 2015


            Pelan Transformasi Jabatan Perangkaan Malaysia (PTJ) 2015-2020 merupakan dokumen hala tuju Jabatan
            Perangkaan Malaysia (DOSM) yang dijadikan sebagai garis panduan bagi mencapai visi menjadi sebuah
            organisasi statistik yang terbilang di dunia menjelang 2020. Dokumen ini menggariskan perancangan enam
            tahun DOSM ke arah merakyatkan perkhidmatan statistik dan membudayakan keputusan berasaskan bukti.

            Pelan Transformasi ini memberi fokus kepada empat teras strategik merangkumi, penghasilan produk dan
            perkhidmatan statistik yang berintegriti dan reliable; pengurusan sumber dan infratstruktur yang efisien;
            mendaya upaya bakat; dan memperkasa peranan penjana statistik.

            Teras strategik ini diperhalusi dengan 13 strategi, 26 program dan 81 aktiviti bagi mengukuhkan DOSM
            sebagai  organisasi  yang  dinamik.  Pelan  transformasi  ini  menjadi  wadah  pencetus  kecemerlangan
            dan  memacu  DOSM  untuk  bergerak  seiring  dengan  pencapaian  negara  sebagai  sebuah  negara  maju
            berpendapatan tinggi menjelang 2020. Seterusnya, DOSM akan menjadi organisasi statistik yang terbilang
            di dunia dan menjadi rujukan utama komuniti statistik global.
   23   24   25   26   27   28   29   30   31   32   33