Page 55 - Laporan Tahunan 2015 DOSM
P. 55
LAPORAN TAHUNAN 2015 53
JABATAN PERANGKAAN MALAYSIA
Komunikasi statistik
DOSM telah menggunakan pelbagai medium komunikasi untuk menyebarkan statistik rasmi negara kepada
masyarakat umum. Antaranya, mengeluarkan penerbitan dalam bentuk hardcopy dan muat turun percuma
melalui eServices yang terdapat dalam portal DOSM. DOSM telah memanfaatkan media sosial dalam
menguar-uarkan produk dan aktiviti Jabatan melalui Facebook (Department of Statistics, Malaysia) dan
Tweeter (StatsMalaysia). Setiap statistik yang diterbitkan akan dimaklumkan kepada pihak media tempatan
dan antarabangsa melalui kenyataan media. DOSM akan mengadakan sidang media untuk memperkenalkan
produk baharu Jabatan. Bagi menghebahkan aktiviti Jabatan yang berskala besar kepada rakyat, DOSM
akan membuat publisiti melalui media elektronik. Selain itu, masyarakat umum boleh memperoleh indikator
utama ekonomi, penduduk dan sosial melalui perkhidmatan MySMS 15888.
Penyampaian Perkhidmatan: Komunikasi Statistik

