Page 57 - Laporan Tahunan 2015 DOSM
P. 57

LAPORAN TAHUNAN 2015      55
                                                                       JABATAN PERANGKAAN MALAYSIA


                                                               INDEKS PERKHIDMATAN SUKU
                  Sistem  Carian  (Search  Engine)  Piawaian
                  Klasifikasi Industri Malaysia atau Malaysia   TAHUN PERTAMA 2015 (2010=100)
                  Standard     Industrial    Classification
                  (e-MSIC)  dibangunkan  bagi  memudahkan      Indeks Perkhidmatan suku tahunan yang merupakan
                  pengguna  membuat  carian  kod  industri.    produk  baharu  DOSM  telah  diperkenalkan  melalui
                  MSIC  2008  Ver  1.0  merupakan  klasifikasi   sidang media pada 12 Mei 2015 bertempat di Dewan
                  industri  terkini  yang  dibangun  berasaskan   Anggerik,  Jabatan  Perangkaan  Malaysia.  Taklimat
                  kepada  International  Standard  Industrial   berkaitan  overview  Indeks  Perkhidmatan  telah
                  Classification  of  All  Economic  Activities   diberikan kepada para penganalisis dan pemberita,
                  (ISIC) Revision 4.                           diikuti  dengan  pengumuman  prestasi  sektor
                                                               Perkhidmatan  bagi  suku  tahun  pertama  2015  oleh
                                                               Menteri di Jabatan Perdana Menteri YB Senator Dato’
                  Hits Perkhidmatan Atas Talian 2015           Sri Abdul Wahid Omar.

                                                               Indeks  Perkhidmatan  menyediakan  maklumat
                                                               berkaitan  prestasi  aktiviti  perkhidmatan  dan
                                                               menjadi  pelengkap  indikator  ekonomi  sedia  ada
                                                               yang  telah  dikeluarkan  oleh  Jabatan  iaitu  Indeks
                                                               Pengeluaran Perindustrian, Indeks Harga Pengguna
                                                               dan Indeks Harga Pengeluar. Indeks ini membantu
                                                               penganalisis dan penyelidik meramal pertumbuhan
                                                               ekonomi negara. Sesi yang diadakan ini merupakan
                                                               serampang  dua  mata,  yang  mana  selain  bertujuan
                                                               untuk  menyebarkan  Indeks  Perkhidmatan,  ia  juga
                                                               merupakan satu sesi engagement bersama analyst/
                                                               researcher.
   52   53   54   55   56   57   58   59   60   61   62