Page 61 - Laporan Tahunan 2015 DOSM
P. 61
LAPORAN TAHUNAN 2015 59
JABATAN PERANGKAAN MALAYSIA
DOSM Pengerusi ASEAN COMMUNITY STATISTICAL SYSTEM (ACSS)
COMMITTEE Sesi ke-5
Selaras dengan peranan Malaysia sebagai pengerusi ASEAN tahun 2015,
ASEAN Community Statistical System (ACSS) Commitee Sesi ke-5 telah
dipengerusikan oleh Ketua Perangkawan Malaysia, YBhg. Datuk Dr. Haji
Abdul Rahman Hasan. Jawatankuasa ACSS telah bermesyuarat pada
3 hingga 5 November 2015 di Cyberjaya bagi membincangkan isu-isu
statistik yang dapat menyumbang kepada pembentukan komuniti ASEAN.
Sesi ini memfokuskan kepada empat tema utama iaitu peningkatan
keperluan data ASEAN; pengukuhan dan pelestarian ACSS; peningkatan komunikasi, kewujudan dan
kegunaan statistik ASEAN; serta merapatkan jurang pembangunan. Sesi ini telah dihadiri oleh 72
delegasi daripada kalangan ketua agensi statistik negara ASEAN dan rakan strategik ASEAN.
Sesi ini telah meluluskan Plan Strategik ACSS 2016-2025 dan telah menerima pakai strategi
komunikasi untuk terus memperkukuhkan penyediaan statistik yang relevan, bertepatan masa
dan boleh dibandingkan bagi menyokong penubuhan komuniti ASEAN. Di samping itu, Kod Amalan
ACSS akan dilaksanakan bertujuan untuk menjamin kepercayaan, kebertanggungjawaban dan tahap
profesionalisme yang tinggi dalam penyediaan statistik ASEAN. Seterusnya, aktiviti pembangunan
kapasiti melalui inisiatif ASEAN-bantu-ASEAN akan ditambahbaik dengan kerjasama negara-negara
anggota ASEAN dan rakan strategik ASEAN.

